3 Okt 2016

RP1; 7 : 'Kontradik'

bismillah arRahman arRaheem
salam alaykum pembaca.
salam awal tahun hijrah. harini 2 muharram
harini isnin. tapi unimas cuti sempena awal muharram ni so nana tiada kelas harini
hujung minggu ni merupakan hari yang panjang. nana tak studi banyak sedangakn esok kuiz & assessment, masing2 menyumbang kepada 5% & 2% markah EOB untuk first block nana dalam medical school ni

ada term yang tak faham? nana sedang tak mahu terangkan. kalau nak tahu, boleh komen diruang bawah, in syaa Allah nana lapang nana jawab

baiklah. nana takboleh lama lama. nana perlu selesaikan banyak lagi perkara lain, ya? maaf

terimalah



Kontradik

 
Kontradik
Dalam dua yang pisahnya
Cuma benang tangsi
Halusnya nipis roma
Sedang seharusnya
Biar selebar tembok China
Tebal Konstantin gamaknya

Aku terkesima
Keliru
Terduduk bertindih dilema
Dalam pandai memain kata
Rupanya hanya tipu bicara
Hipotesis mentah
Dari akal terarah

Bermalasan aku teleku pula
Biarlah

sajak ini tiada tajuk sebenarnya. dan tiada tarikh pula sebenarnya. kerana nana tulis pada 2015 taksilap, tapi nana baru perasan sajak ni taklengkap then nana pun sempurnakannya pada 2016 baru2 ni. 

intipati sajak ni boleh tafsirkan berdasarkan kefahaman masing2. tak usah risau, sajak nana bukan alQuran yg tidak boleh sewenangnya ditafsirkan

baiklah. ssetakat itu sahaja utk kali ini. mohon maaf. fi amanillah. salam alaykum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan