- Ujian yang setimpal terasa beban
Pabila ku pinta Kau kekuatan,
Apa yang Kau timpakan bukanlah apa yang ku rayukan,
Tika ku hadapi apa yang Kau bebankan,
Dan ku pinta dari Mu,
Sekali lagi aku pintakan kekuatan, kesabaran, dan kesyukuran,
Tapi Kau makin giat, melancarkan ujian yang ku kira menyeksakan,
Tika ku berada di ambang peperangan nafsu,
Tika itu Kau hamparkan pilihan di hadapanku,
Tika itu aku diasak keinginan untuk menang atas pertolongan Mu,
Tika itu jua aku diterkam rasa yang sengaja Kau campak padaku,
Rasa yang kononnya manis jikalau kekalahan samar itu yang ku kejar,
Walhal rasa itu hanya sementara,
Yang hanya akan menambah noda,
Dan akhirnya aku memilih taman indah yang berpuaka itu,
Nyata ada manisnya,
Tetapi manis yang akan tersingkap celakanya suatu masa,
Tika itu aku memohon ampun dari Mu,
Dan mencela 'ah, bodohnya aku',
Kemudian aku pinta dari Mu agar menunjukkan kepada Ku,
Manisnya pabila meraih kemenangan dalam memerangi jiwa,
Manisnya rampasan kemenangan setelah terlerai seluruh anggota di medan peperangan,
tapi Kau sekali lagi menghanyutkan aku,
Ke dalam lembah kekeliruan,
Antara cinta Mu dan nafsu berjiwa kenerakaan.
_____________________________________________________________________________________________________________
2. Usykur wa la tahzan (bersyukurlah-dan-jangan-sedih)
Masih segar dalam ingatan,
Suatu yg berlaku di asrama,
Dalam keheningan malam menunggu fajar,
Aku terjaga dengan sendiri,
Tidaklah ku bingkas bangun,
Terus berbaring di katil,
Dan menyedari rintihan seorang yg ku kenali,
Sangat perlahan,
Tetapi keheningan sudah cukup utk ku mencuri dengar;
Dalam suram sinar purnama,
Ku cuba menjeling kau yg berbaring,
Matamu tertutup sangat rapat,
Gigimu mengetap kuat,
Air bening membasahi tilam dan pipi,
Seperti menahan kesakitan tak terperi,
Menangis tanpa raungan, tanpa esakan,
Mengelak dari didengar dan diketahui orang,
Menyangka tiada siapa peduli,
Dan masing2 terus dengan mimpi sendiri,
Ku lihat kau merintih,
Tidak pernah terlihat sebegitu di mataku,
Wahai sahabatku,
Apa yg terjadi padamu?
Ku cuba mengamati apa yg kau lafaz,
Nyata keluargamu ditimpa ujian kefakiran,
Dan tak mampu utk membayar perbelanjaan,
Wahai, mengapa kau tak kongsi bersamaku?
Mengapa kau hanya tahu senyum selalu?
Mengapa kau tak beritahu guru?
Mengapa kau hanya membisu?
Hingga ku sangka kau org yg mampu, duhai sahabatku;
Ku berniat utk menegurmu kerana tidak memberitahuku,
Namun satu lafazmu membuatkan ku tersentak,
Lalu ku segera pura2 tidur semula,
Dan terus mendengar,
Mengalirkan air mata keharuan,
Bagaimana kau masih bisa bersyukur?
Kau bukan setakat bersabar dan ikhtiar,
malah memuji-Nya kerana itu,
Memujinya dan percaya terus,
Betapa tabahnya engkau,
Tidak bergantung pada selain-Nya,
Terus menerus bergantung dan mensyukuri nikmat walau sekecil-kecil nikmat,
Membuka hatiku utk turut bertasbih,
Memuji sentiasa;
Ku terdengar doamu yg kau ulang selalu,
"Ya Allah, luaskan pintu rezeki-Mu, Engkaulah Maha Pemberi rezeki,
Namun sekiranya harta dunia itu bakal mengkufurkan aku,
Maka jgn sekali-kali kau rezekikan aku lebih dari sekadar keperluan,
Jika ia mampu mengkufurkan,
Maka Kau rezekikanlah sekadar cukup makan"
Wahai sahabatku, cukuplah,
Janganlah kau buat aku makin syahdu!
Ya Allah, luaskanlah pintu rezeki hamba ini ya Allah,
Janganlah kau uji dia sehingga hilang imannya terhadap-Mu,
Sayangilah dia, rezekikanlah dia,
Kuatkanlah iman aku dan dia,
Jangan kau kufurkan kami dengan ketiadaan rezeki,
Dan janganlah kau kufurkan kami dengan kelimpahan rezeki,
Dan matikanlah kami dengan sesempurna iman kpd-Mu...
____________________________________________________________________________________________________________
3. Cinta yang hilang
Terduduk sendiri di kamar solat
Hening suasananya di balik kesibukan sebuah hospital
Kamar yang sempit itu
Menjadi saksi menadah gugurnya air mata dara
Yang sepatutnya terlantar di wad
Tanpa larat untuk bingkas bangun;
..................................................................
Sungguh degil si dara itu
Tak rela terbaring seharian
Kesakitannya tak pernah mengubah dirinya
Yang senantiasa bersujud di hadapanmu Tuhan;
Aku pernah terfikir
Lalu ku aju fikiranku padanya
"Wahai anak, mengapa engkau berdegil untuk sendiri solat di kamar itu?
Bukankah agamamu membenarkan engkau agar mudah
Demi mendirikan sembahyangmu?
Tidakkah agamamu membenarkan engkau agar mudah
sekadar di atas katilmu?"
Tapi dara itu kemudiannya senyum
Lantas dia menjawab
Pendek dan bermakna
Cukup untuk membuatkan aku terdiam;
Sehari-hari aku memerhatikannya
Tidurnya di waktu siang
Bertemankan hijab
Tidurnya di waktu malam
Juga ditemani hijab labuh
Berjalannya
dan tidurnya
Siang dan malam
Sentiasa beralas stoking
Pada lengannya
Sentiasa bertutup sarung longgar bercekak
Meski tiubnya sentiasa terpasang
Tiada dibuka walau dipaksa
Hingga aku dan semua teman malas ingin berkata apa-apa
Aku berasa hairan
Kehairanan yang amat
Tiada pernah seorang pun muslimah
Yang terpaksa melalui kehidupan di wad
Melainkan terbuka auratnya
Kecuali dia
Walhal keterlantarannya di sini
Sudah mencapai 3 minggu lamanya;
Lalu aku mendatanginya
Demi mengaju fikiranku
"Mengapa engkau wahai anak
Enggan melepaskan lembar kain yang menutupimu?"
Namun jawabnya sekali lagi
Membuatkan aku bisu
Barulah aku terfikir
Siangnya wad ini pasti didatangi pelawat lelaki
Malamnya wad ini pastinya ada juru yang menjaga di sisi
Yang pastinya ada aku;
Akalku melaungkan keluhan
Sukarnya menjadi perempuan
Perlu menjaga diri sentiasa
Apakah Islam sengaja mendera umatnya?
Namun akalku sekali lagi melaungkan
Tapi merupakan percanggahan
Islam tidak mendera umatnya
Malah menjaga maruah seorang wanita
Tapi sedikit sekali yang melaksana
Seperti kisahnya si dara;
Lalu hatiku membisikkan fikiran
Apakah aku yang bukan Islam ini
Melepaskan maruahku pergi?
Apakah aku sudah tidak punya harga diri?
Sekiranya benar itu semuanya
Mengapa muslimah yang lain selalu melepaskan
Apa yang dipanggil 'maruah' mereka?
Apakah hanya atas dasar kesakitan yang tidak seberapa
Jika dibandingkan dengan dara itu?
Suatu hari yang ditakdirkan Tuhan
Aku melihat sendiri betapa basahnya kamar itu
Dengan titisan air matanya
Aku meluru dengan laju kepadanya
"Apakah engkau sedang menderita sakitmu, wahai anak?"
Namun sejurusnya dia kaget pula
Dengan kehadiranku yang tiba-tiba
Bukankah sepatutnya dia mengharapkan kehadiranku
Apabila sakitnya menyerang?
Lalu dia menyeka air mata
Yang masih berbaki di pipinya
Bibirnya mengukir senyum ikhlas
Lalu lidahnya menyatakan "Saya okay ;)"
Aku menghembus nafas lega
Namun aku hairan
Mengapa dia ingin menyembunyikan air mata yang jatuh di pipi
Sedang yang di lantai banyak lagi
Lalu aku mengaju fikiranku
"Mengapa engkau menangis, wahai anak
Sehingga lembap karpet surau ini jadinya?"
Sekali lagi engkau kaget
Dengan kenyataanku tentang lantai kamar itu
Lalu engkau meminta maaf
Kerana telah menyebabkan lantai kamar itu basah
Tanpa kau sedari
Betapa lamanya kau menangis
Kemudiannya engkau tersenyum
Lalu meminta diri untuk tidur di katilmu
Aku terpinga-pinga
Kerana soalanku tiada berjawab
dan tentang lantai kamar itu
Aku cukup kehairanan
Wahai, bagaimana engkau boleh tidak perasan?
Satu lagi hari yang ditakdirkan Tuhan
Semenjak jam 9 malam
Tiada kelihatan dara itu di katilnya
Tiada pula di bilik mandi
Lalu aku yakin dia sedang menangis lagi
di kamar solat yang sempit itu
Sendiri
Aku lalu berjalan ke situ
Demi melihat rutinnya yang menghairankan itu
Kelihatan lantai kamar itu basah
Lalu aku menghampirinya
Dia lalu kaget
Sambil tersenyum
memandang dalam-dalam wajahku
Saling berpandangan
Umpama di lamunan
Lalu dara itu mematikannya
Dengan 2 kata yang lembut diluahkan
"Saya okay ;)"
Lantas aku tersenyum
dan berlalu dari situ;
Kebiasaannya dara itu akan berlalu dari kamar itu
Pada esok harinya, tepat waktu sarapan pagi
Namun tidak pada hari itu
Aku lalu terfikir
Apakah dia diserang penyakitnya?
Atau dia sekadar terlelap kerana penat dan kantuknya?
Atau dia masih setia tertunduk rapat ke tanah
Demi meraih secebis kasih Tuhan?
Aku lalu bergegas ke bilik itu
Demi mengetahui hakikat keadaannya
Ku temui dia sedang sujud
Lalu aku mematahkan hasratku untuk menjemput dia menikmati sarapannya
Entah kenapa
Aku bahagia melihat tubuh itu tertunduk
Merayu di hadapan Tuhannya
Seumpama sepasang kasih yang sedang bertemu
Terpaut dengan kalimah ajaib
CINTA!
Sang mentari terus tegak
Untuk menyinari dunia hari ini
Sinarnya redup mensirnakan kelam waktu pagi
Nyaman sekali udara yang selalunya menusuk peparu
Aneh sungguh
Kebiasaannya aroma farmasi yang menyelubungi
Berbeza pula dengan hari ini;
Mentari terus naik diiringi detikan jam
Entah mengapa aku berasa resah
Mengapa lama sungguh dara itu!
Aku menapak laju
Menuju kamar yang menjadi saksi
Atas sebuah kisah....
Siapa sangka
Ungkapan "Saya Okay"
Beserta senyuman yang tulus datang dari hati
Merupakan ungkapan ikhlas terakhir yang terluncur dari bibirnya;
Aduhai, dara itu masih terus bersujud!
Aku dapat merasa betapa bahagianya dia
Walau penyakitnya telah menendang keluar nyawanya!
Aku dapat merasa betapa bahagianya dia
Walau tiada seorang pun waris yang menjenguk
Tak kira ketika dia terlantar
Ataupun ketika dia terkubur
Kerana KEKASIH ABADINYA
Sedia menanti di syurga...

Ku cuba menjeling kau yg berbaring,Matamu tertutup sangat rapat,

Tiada ulasan:
Catat Ulasan