salam alaykum ^^
ni post pertama nana dari sarawak. nana currently belajar di unimas (Universiti Malaysia Sarawak) dalam medical field
hmm. rasa macam da lama tak update blog pula. dan nana rasa macam nana da lama pula di sarawak ni. walhal baru 3 minggu @.@ cakap sarawak pun belum pandai aha
okey la. post ni ditulis sebelum nak maghrib. haa satgi maghrib nana nak pegi surau so nana tak boleh lama2, okay?
ehemm,, tiada shortform yg tak dapat difahami, kan encik iman?
aha. nana harap tak ada. so semua orang dapat faham dengan lebih la ye harapnya.
baiklah. tanpa membuang masa, nana persembahkan sajak nana yg nana tak tahu nak beri tajuk apa lalu nana tulis la "misteri" sebagai tajuknya
'Misteri'
UNIMAS K10
20/9/2016
Sepasang kaki
Selalu sendiri
Ke mana pun pergi
Cuma satu kanan dan satu kiri
Pemilik sepatu bertapak rata
Getah paling kuat cengkaman
Bukan tak punya kawan
Tapi tahu tiada gerangan
Yang sanggup turut lalui jalan
Yang rela meredah tanpa payungan
Segala gelita malam & hujan
Tiada yang pernah sanggup menerus
Menjelajah jauh bersimpang siur
Perhentian tanpa meneguk liur
Henti hanya untuk menghulur
Penuhi naluri seorang doktor
Yang takkan pula makin meluntur
Kepenatan
Keringat pun bersandar dibelakang badan
Tak larat mahu turun ke bumi
Biar selamanya kekal semadi
Rapat ke sosok kerdil melidi
Menjadilah saksi ketika nanti
Semoga Allah meredhai segala
well that's it. pesanan nana sama macam post sebelum. i really got to go by now. hmm
thank you. salam alaykum. fi amanillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan