22 Nov 2016

RP1; 10: 'Lelaki Itu'

bismillah arRahman arRaheem

salam alaykum.
hehe

okey, nana tak boleh nak lama2. actually minggu ni agak banyak perkara perlu diselesaikan tapi still nana mengada-ngada nak update jugak blog. aha

waktu lapang tak nak pulek update haih. ni la namanya ikut kata hati mati. kikiki

tapi, alang2 menyelu pekasam biar sampai ke pangkal lengan. aha

nana lapar sangat nihhhh nak dekat gastrik dah kena makan cepat so terimalah ye
(not funny kay nana serius)


Lelaki itu
Sendirian
Melutut di tengah lautan – perempuan

Badannya makin membongkok
Tertunduk-tunduk
Menahan sedu sedan
Dah terlalu lama ditangiskan

Lelaki gagah itu
Teresak seakan anak-anak
Merintih melaung teriak
Malangnya tiada yang ambil tindak

Sampai ke sudah
Tak larat lalu terkulai lemah
Menyungkur muka dia ke bawah
Tangis perlahannya terus
Badan pula pun makin kurus
Gila dia dah tak terurus
Pintanya cuma satu
Selubunglah perempuan dalam kainmu
- Tak kesampailah

Lelaki itu
Sungkurnya tiada ganti
Tiada yang perasankan sang pemergi
Tiada terasa di tapak kaki
Seandai ada melangkah jasadnya

Rebahlah
Di tengah lautan perempuan
Hancur tanpa kuburan dan kesan


16/9/2016

okay tu je serius lapar nak gastrik dah oke salam alaykum fi amanillah ^^

21 Nov 2016

popular la mits sabak bernam

salam alaykum

hihi

eh, bismillah arRahman arRaheem

hmmm amazing. ramai rupanya nak tahu tentang mits sabak bernam @ mits bagan terap atau nama lain yang sewaktu dengannya

berdasarkan jumlah view yang nana tengok la kat overview blog nana

nana bit wondering. actually nana nak tahu lebih juga tentang mits sabak bernam ni. maybe if sesiapa yang tersesat ke post ni nak kongsi something yang kalian tahu tentang mits sabak bernam kat bahagian komen, nana sangat alu2kan. maybe kemudian nana boleh kompilasikan maklumat yang kalian kongsi di bahagian komen dalam satu post atau beberapa post, sooo post tu boleh memberi manfaat kepada orang lain yang mungkin singgah ke blog ni untuk tahu lebih tentang mits sabak bernam

memandangkan mits tersebut baru, so nana assume maybe belum banyak dokumentasi maklumat yang dilakukan. sorry if nana mistakenly assume, correct me if i'm wrong


sooo, nana just nak cakap, if nak kongsi apa2 tentang mits sabak bernam, boleh tinggalkan di bahagian komen. in syaa Allah nana take note


okay that's it. minta diri dulu ye. salam alaykum fi amanillah ^^

RP1; 9 : 'Perempuan'

bismillah

emergency urgentt!!!!!!

hahahahaha nak post jugak walaupun bateri laptop tinggal 7%. tak senonoh tak cas laptop.

okey. maaf. kurang behave pula.

okay. kita serius. sajak kali ni sinis i think. i just wrote it. can't remember so much why i wrote it but i guess waktu tu nana culture shock sikit.

hmm..

terimalah ye




'Perempuan'
16 September 2016
UNIMAS Kolej Cempaka K10B


Perempuan
Selagi namanya perempuan
Fitnahlah dia selamanya akan
Setua manapun tetap menawan
Atas bawah kiri kanan
Sisi belakang sampai ke depan
Setiap sudut dan tiap ukuran
Takkan dilepas dari pandangan

Semuanya mampu meluruh iman

Perempuan
Letakmu bukan di tengah
Jadi perhatian untuk dijamah
Bukan kau hentian tempat beramah
Bukan engkau sampai ke sudah

Maruah dan dirimu – letakkan
Di tingkat yang Ilah sudah berikan
Sebelum Dia meruntuh jalan


soooo that's it. haaaaa tak menyempat nak betulkan font italic jadi tegak balik okey aha. okey ni lawak.

soooo that's it. hmmm, girls, jaga la ye diri sedayanya. huhu pesanan untuk diri nana juga T_T rasa nak nangis.

okaylah. jom nangis waktu qiam esok pagi hmm


setakat ni dulu ye, salam alaykum fi amanillah ^^

RP1; 8 : "Senandung Takbir Raya"

bismillah arRahman arRaheem

selamat petang ! haaaa i shall be sleeping the moment this post is written. it's already after 10pm..

dean of the faculty of medicine & science health reminded us to sleep at 10 as he does. phew, dean sempoi i like

sikpa la, mun ada antara kitak urang nok dah tanya bila mok post gik naaa tok kamek post tok

haha. bahasa melayu sarawak. nana tak habis belajar lagi. maaf lah ye sekirenye ade salah mana2.

okay. tanpa membuang masa, nana persembahkan sajak nana yang seterusnya.



"Senandung Takbir Raya"
11 September 2016
UNIMAS Dewan Mutiara Bangunan HEPA
Ditulis ketika Malam Hari Raya Aidiladha, dalam Majlis Buddy Night 
Dicarik oleh jari terkilan, merentakkan melankolik pada bait puisi





Takbir raya
Disenandungkan
Tidak bergema
Tidak lepas dari membran jiwa
Terus bersemadi
Mungkin kesekian kalinya

Takbir
Dinyanyi tanpa rasa
Betapa besar agungnya Dia
Seakan memandang setara
Atau kecil tak terperasan

Hidupku dalam kehidupan
Yang kian matilah iman

Benar sukar mengasing rasa
Anasir dekatnya lekat di muka
Cuma memohon daripadaNya
Kekuatan terus hanya kupinta


_______________________________________________________________________

hmm.. nana betul2 terkilan waktu ni. nana tak nak cerita panjang2 lah. sesiapa yang berkesempatan jumpa nana, tanyalah nana sendiri apa yg berlaku waktu tu


dan, pesanan macam biasalah ye macam nana tulis kat sajak nana sebelum ni. nana tak kisah nak share puisi2 nana, but mentionlah nama blog ni paling kurang pun. huhu bukan nak nama just nak tegaskan, rasa terkilan sangat tau actually if nampak hasil tangan kite 'macam diplagiad'

okey, tu je in syaa Allah. bateri laptop tinggal less than 10%. nana is not in the room right now where you got sockets to charge your device. 

aiwah, salam alaykum fi amanillah ^^


baru lepas exam

bismillah arRahman arRaheem
salam alaykum

apa khabar?

hmm,, sebenarnya tiada benda nak tulis. nana ni pun terdetik buka blog sebab tengah agak takda kerja. hehe. sebenarnya ada je kerja yang nana cipta untuk isi masa lapang.

apakah kerja yang nana cipta tuuuuuu? haaa khas untuk bakal freshies medic unimas, hakak nana tulis buku kompilasi nota foundation block haaa.... hakak nana merasakan susahnya tak ada buku untuk belajar lepas tu nak print nota dari odyssey pun tak ada printer lepas tu nak keep on print gune printing service yang ada lesap cepat pulak duit akuu .. tanak cerita panjang, nanti buku da siap hakak nana post la ye

ok sambung membebel

ni basuh baju pun belum ni. alang-alang duduk depan komputer, terasa berat pula nak berpaling ke baldi & softener etc

just now nana jawab survey yang fakulti nana buat. lecturer nana buat. sempena berakhirnya blok pertama dalam pengajian doktor perubatan aka medic di unimas niii. survey untuk foundation block.

kami baru sahaja habis exam end of block (EOB) hari jumaat 28 oktober 201 yang lalu. esok isnin 31 oktober bakal masuk blok kedua pulak - block of man in environment

cerita pasal apa tu blok kedua tu?


aha, entahnya. tunggu sahaja la esok briefing

hari ni kumpulan TITAS nana pergi buat kajian pasal makanan yang ada di sarawak ni dan kaitkan dengan tamadun. nana tak ikut hari ni. nana punye giliran minggu depan

dioran bukan main lagi tauuuu kajian sambil jalan-jalan cari makan
izzuddin, sam, balqis, hazira, ba'i & syaherra yang bertuah 


aha. jumaat malam sabtu punya cerita pula kekeke. nana random cerita je la ye
tolong beruang dengan saya kejap k (bear with me)


housemate nana nama amirah & aisyah. aisyah pergi program usrah dia daripada jumaat sampai la ni ahad belum balik lagi. amirah ni pula jumaat tu dia pergi kuching etc dengan kawan2 dia atas urusan tertentu like baiki phone etc. a

amirah balik malam then dia tak dapat masuk bilik dia sebab aisyah kunci & amirah pun takbawa kunci dia.

in the end nana ajak amirah pergi mall malam2 untuk beli keperluan semalaman sementara tunggu aisyah bagi dia kunci keesokan harinya.

nana sambil tu nak cari spare part untuk pennyboard nana huhu. truck dia patah T_T
my purple pennyboard... da beberapa minggu takdapat main sebab truck patah.. kaki pun salah urat hari tu



jadi dumbell je la buat masa ni



i still cant find kedai yang jual spare part pennyboard aha. i segan sebenarnya nak tanya orang sangat. ehe. siaapa sangka kanak-kanak kecil bernama nana ini main sukan lasak uhu

lagipun kaki still belum baik hmm.. nak main pennyboard.. huhu



okay. petang ni kawan2 nana yang buat kajian tu ajak nana pergi berjalan pula kat sarawak ni. soo sementara masih ada waktu, nana nak pergi basuh baju dulu la ye (ehh ye ke boleh percaya ke aha)


okay salam alaykum fi amanillah ^^


                                                                           

3 Okt 2016

RP1; 7 : 'Kontradik'

bismillah arRahman arRaheem
salam alaykum pembaca.
salam awal tahun hijrah. harini 2 muharram
harini isnin. tapi unimas cuti sempena awal muharram ni so nana tiada kelas harini
hujung minggu ni merupakan hari yang panjang. nana tak studi banyak sedangakn esok kuiz & assessment, masing2 menyumbang kepada 5% & 2% markah EOB untuk first block nana dalam medical school ni

ada term yang tak faham? nana sedang tak mahu terangkan. kalau nak tahu, boleh komen diruang bawah, in syaa Allah nana lapang nana jawab

baiklah. nana takboleh lama lama. nana perlu selesaikan banyak lagi perkara lain, ya? maaf

terimalah



Kontradik

 
Kontradik
Dalam dua yang pisahnya
Cuma benang tangsi
Halusnya nipis roma
Sedang seharusnya
Biar selebar tembok China
Tebal Konstantin gamaknya

Aku terkesima
Keliru
Terduduk bertindih dilema
Dalam pandai memain kata
Rupanya hanya tipu bicara
Hipotesis mentah
Dari akal terarah

Bermalasan aku teleku pula
Biarlah

sajak ini tiada tajuk sebenarnya. dan tiada tarikh pula sebenarnya. kerana nana tulis pada 2015 taksilap, tapi nana baru perasan sajak ni taklengkap then nana pun sempurnakannya pada 2016 baru2 ni. 

intipati sajak ni boleh tafsirkan berdasarkan kefahaman masing2. tak usah risau, sajak nana bukan alQuran yg tidak boleh sewenangnya ditafsirkan

baiklah. ssetakat itu sahaja utk kali ini. mohon maaf. fi amanillah. salam alaykum

20 Sep 2016

RP1; 6: 'Misteri'

bismillah arRahmaan arRaheem

salam alaykum ^^

ni post pertama nana dari sarawak. nana currently belajar di unimas (Universiti Malaysia Sarawak) dalam medical field

hmm. rasa macam da lama tak update blog pula. dan nana rasa macam nana da lama pula di sarawak ni. walhal baru 3 minggu @.@ cakap sarawak pun belum pandai aha

okey la. post ni ditulis sebelum nak maghrib. haa satgi maghrib nana nak pegi surau so nana tak boleh lama2, okay?

ehemm,, tiada shortform yg tak dapat difahami, kan encik iman?

aha. nana harap tak ada. so semua orang dapat faham dengan lebih la ye harapnya.

baiklah. tanpa membuang masa, nana persembahkan sajak nana yg nana tak tahu nak beri tajuk apa lalu nana tulis la "misteri" sebagai tajuknya

'Misteri'
UNIMAS K10
20/9/2016

Sepasang kaki
Selalu sendiri
Ke mana pun pergi
Cuma satu kanan dan satu kiri

Pemilik sepatu bertapak rata
Getah paling kuat cengkaman
Bukan tak punya kawan
Tapi tahu tiada gerangan
Yang sanggup turut lalui jalan
Yang rela meredah tanpa payungan
Segala gelita malam & hujan

Tiada yang pernah sanggup menerus
Menjelajah jauh bersimpang siur
Perhentian tanpa meneguk liur
Henti hanya untuk menghulur
Penuhi naluri seorang doktor
Yang takkan pula makin meluntur

Kepenatan
Keringat pun bersandar dibelakang badan
Tak larat mahu turun ke bumi
Biar selamanya kekal semadi
Rapat ke sosok kerdil melidi
Menjadilah saksi ketika nanti


Semoga Allah meredhai segala

well that's it. pesanan nana sama macam post sebelum. i really got to go by now. hmm

thank you. salam alaykum. fi amanillah

20 Jul 2016

RP1; 5. "Menanti terbit kalimat baru"

bismillah arRahmaan arRaheem

salam alaykum. selamat pagi. post ni ditulis pada jam 7.20 agi lebih kurang.

hhaaaaa jangan nak sukee sangat tidur lepas subuh, okay? berusahalah menjadi umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam

well, seperti mana nana pernah bagitau sebelum ni, bahawasanya nana sekarang menganggur di rumah sementara menunggu keputusan upu.

so kadang2, bile kite ade kat rumah sorang2 ni, tanpa kawan2 yg boleh mengingatkan, keluarga pun semua ade komitmen kat tempat lain, mak ayah pagi2 pegi kerja- maka kite terleka dan erlupa bahawa umat islam itu seharusnya cemerlang. mesti ada perkara yg bermanfaat yg dilakukan sepanjang masa-bukan membuang masa dengan perkara yg tidak mendatangkan hasil di dunia mahupun di akhirat

hmmm,, ruginya... termasuklah diri nana.. manusia, kadang kita terleka. moga Allah ampunkan dosa..

so, pastikan hari nii lebih baik dari semalam, okay guys?

(dulu nana terinspirasi dengan lagu "menuju wawasan" nyanyian unic. boleh la search kalau korang nak tahu lagu tu. hmmm besar pahala mereka2 yg terlibat dalam menerbitkan lagu tu, tau. buat lagu pun boleh memberi manfaat kepada ummah :) )


dan kalimat yg dinantikan pembaca sekalian (barangkali? ahaha). nana persembahkan sajak


(psstt,, sebenarnya nana baru perasan yang sajak ni nana terlupa nak bagi tajuk. masa nak post kat blog baru perasan padahal dah tulis lama dah. tahun 2015 kot. sebab tarikh pun nana terlupa nak tulis. tajuk sajak tuuu letak on the spot je aha) 


___________________________________________________________________

"Menanti terbit kalimat baru"
2015
Nada melankolik


Malam gelita
Ada kelopak yang tertutup
Ada yang terbuka

Ada kelopak ditutup buka
Setia menjadi denai alir mutiara

Ada wajah disembam
Ke bantal ke tilam
Membasahinya sepanjang malam

Ada wajah disembam
Ke hamparan bersulam
Dengan esakan yang tenggelam 
Namun harapannya menjulang

Malam gelita 
Ada manusia dilena
Ada terlena
Ada melena
Ada terpana

Ada yang menangis
Ditinggal kekasihnya;
Ada
Merayu kasihnya;
Ada yang menangis
Berdosa 
Meninggalkan pengasihnya

Dunia 
Penuh kecintaan yang meleka
Ungkap kalimat 'cinta' dikotori
Padahal ia suci murni




Akhirnya 'cinta' tak lagi suci
Untuk berganding dengan Ilahi

_______________________________________________________

p/s :
Hmm.. sajak ni nana tulis sendiri tau. Nana tak kisah kalau korang nak copy paste share, tapi nana mohon tuliskan sumber korang dapat sajak nana ni, tau..
contohnya lepas kopipes share tu, mention la 'dipetik dari blog fakkir-nana.blogspot.com' ataupun 'nukilan blogger nana' huhu...

bukannya nak nama glamour tapi supaya bila nana terjumpa yg korang kopipes tu, tak la nana rasa terkilan senang cerita huhu


pesanan yang berulang kali nana kopipes, kan? maaf kalau jemu


okay setakat itu sahaja ya untuk entri kali ni
selamat berpuasa enam bagi yang masih berpuasa enam. Allah gandakan bagi kalian dan kami atas kesungguhan melakukan ibadah kerananya in syaa Allah :)

salam alaykum fi amanillah ^^


19 Jul 2016

RP!; 4. 'Kerana aku mengerti'

bismillah arRahman arRaheem

salam alaykum^^

okey. seperti tajuk yang korang da baca, kali ni sekali lagi houwoooo sekali lagi houwouooo (lagu najwa latif)

ok.

sekali lagi nana nak persembahkan kepada pembaca semua----sajak nana

haaa. sajak kali ni bukan sajak sinis eh. sajak ni sajak melankolik campur bahagia aha. nana rasa nana kene belajar lagi la tentang mengkategorikan nada sajak, ye tak? #siscuba


so, nana tak mau lama2. i present to you

___________________________________________________________

"Kerana Aku Mengerti"
15 Oktober 2015
Kolej Matrikulasi Melaka, Bilik A1.1.7
Ditulis ketika Nana mengambil keputusan dan nekad untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti dalam bidang kedoktoran-sedayanya moga Allah izinkan
Demi memenuhi kehendak ibunda 
Pernah dideklamasikan di atas pentas Dewan Kuliah 1 sempena pertandingan Talent Time anjuran College Islamic Festival (CIF). Kali pertama Nana deklamasikan sajak di khalayak.



Dalam telah aku menyelam
Tapi renang kaki makin henti
Nada seakan makin sepi
Walau sepatutnya ada irama yang teralun

Ke mana hilangnya nyanyian ombak
Tercari masih lambai ekor duyung
Mengapa dunia makin suram
Atau mata yang makin kelam?
Aku berhenti, sejenak teringat usul diri
Dalam pandangan yang makin kabur

Mungkin aku harus berhenti
Kembali bertapak pada bumi
Bukan pada karang mati
Bukan lagun jerlus pemakan kaki

Kembali ke bumi
Mengejar cita gapai mentari
Yang ibu kehendaki
Demi mencicip cangkir bahagia
Bersamanya

Kerana aku mengerti


____________________________________________________________

p/s :
Hmm.. sajak ni nana tulis sendiri tau. Nana tak kisah kalau korang nak copy paste share, tapi nana mohon tuliskan sumber korang dapat sajak nana ni, tau..
contohnya lepas kopipes share tu, mention la 'dipetik dari blog fakkir-nana.blogspot.com' ataupun 'nukilan blogger nana' huhu...

bukannya nak nama glamour tapi supaya bila nana terjumpa yg korang kopipes tu, tak la nana rasa terkilan senang cerita huhu

pesanan yang berulang kali nana kopipes, kan? maaf kalau jemu

alhamdulillah ala kulli haal. sekadar itu sahaja utk kali ni :)

salam alaykum
fi amanillah ^^

RP1: 3. 'Diam Pujangga Muda'

bismillah arRahman arRaheem

salam alaykum pembaca *wink

post kali ni nana akan sampaikan satu lagi sajak nana. sajak ni nana tak pasti bernada apa (patriotik no, melankolik tak de la sedih2 pulak, sinis tak jugak.... hmmm sinis sikit kudd mehhh)


maaf bagi yg tak suke sajak nada sinis ye. nana tak tau kenapa 2 tahun kebelakangn ni nana banyak tulis sajak nada sinis (tapi ade jjugeee sajak yg bawa mesej bahagiaaaaa yuhuu rasa terbangg)

masa nana sekolah  menengah, banyak malah hampir semua sajak yg nana karang berbunyi melankolik. sebab nana suke luahkan perasaan sayu yang tak tertahan melalui sajak kot. manakala perasaan gembira takde satu pun kalimah yg nana jumpa dapat mengungkapkannye. ehee macam poyo, kan? kalau nana gembira nana takkan dapat buka mulut pun selalunya :) alhamdulillah ala ulli haal


ok. sajak kali ni mesej die macam poyo dan bajet bagus. tapi sebenarnya sajak ni menggambarkan self confidence sedikit sebanyak tauu

terimalah ~(--,--)~

"Diam Pujangga Muda"
SAMTTAR 10.2.2015
Ditulis di satu sudut. hujung letaknya di belakang kelas. betul2 ditepi pintu & berjarak kurang 1meter dari penyapu, penyodok serta bakul sampah kelas 6 ikhlas
Telah dihantar sebagai suatu penyertaan dalam pertandingan menulis sajak sempena bulan bahasa SAMTTAR
ditulis dengan niat menyindir sebahagian kelompok orang lingkungan umur dewasa yang mengatakan "remaja dah besar patut retilah beza baik buruk" tapi dalam masa yang sama menafikan suara orang muda dalam hal yg baik2 dengan mengatakan "remaja apa tau, baru setahun jagung tak payah nak berlagak"

Sehelai kain putih
Menagih corak untuk dicoret
Si berus pengalaman runcing
Biar serabut matanya

Sehelai kain putih
Hanya terbentang diam
Rela ditiup angin
Menapis warna yang turut terbang
Menyerap segala coret yang datang

Diam sahaja kain itu
Tidak mahu terbang sendiri
Tidak mahu sendiri mencari
Hanya menanti
Hanya perhati
Ada percik warna muncul sendiri

Sehelai kain putih
Diwarna percik-percik
Dari jauh terlihat jernih
Walhal padanya
Terselindung seribu warna 
Bertindihan sesama


________________________________________________________________


p/s :
Hmm.. sajak ni nana tulis sendiri tau. Nana tak kisah kalau korang nak copy paste share, tapi nana mohon tuliskan sumber korang dapat sajak nana ni, tau..
contohnya lepas kopipes share tu, mention la 'dipetik dari blog fakkir-nana.blogspot.com' ataupun 'nukilan blogger nana' huhu...

bukannya nak nama glamour tapi supaya bila nana terjumpa yg korang kopipes tu, tak la nana rasa terkilan senang cerita huhu
__________________________________________________________________

okey. tu saja utk entri kali ni. terima kasih sudi baca :)

salam alaykum fi amanillah

cetera hari raya

bismillah arRahman arRaheem

salam alaykum ^^

pembacaa peace~ apa khabar. moga baik2 sajeee


nana belum habis cerita tentang rayaaa. moga Allah terima amal kita semua ketika sepanjang bulan ramadhan


haaa ape yang tak habis cerita tuuuu, tak sabar nak tau?

hmm.. cerita pendek je. nana dah terlalu lamaaaa sangat tak jumpe saudara2. lama sangat2. nak bersalam salaman apatah lagi. hmmm raya je la kesempatan nak salam2 ni

dan nana tak ingat bila kali terakhir nana sentuh tangan budak2 lelaki ahaha. sebab nana tak ade gian nak main dengan budak2. so memang takde la nak pegang2 budak ni. kalau pegang pun pegang bahu utk tolong lintas jalan etc. berlapik dengan baju. ahaaaa taktau kenapa rasa malu walaupun budak jeee

dengan lelaki2 yg da besar panjang, bapak2 budak, lelaki yang muda2 terutamanya apatah lagi, kan? lagi la malu. muka tak merah tapi telinga rasa tersirap darah sebab malu


haaaaaa nak dijadikan ceritaa, nana dan keluarga pegi beraya rumah jiran2, saudara semua la kan. sampai kat rumah makcik, ade sorang anak sepupu nana dok salam semua orang. pemalu budaknya-macam akak abang die-pemalu.

sampai kat nana, nana perasan yg die dok menunggu je tepi nana sambil sengih2 tertunduk2. pastu macam gerak2 kat tepi nana. payah la nak describe tapi gaya pemalu la. lama la gak, dalam 10 saat ada. tapi nana tak perasan sangat sebab tak pandang pun muka die. tak pandang pun kat die. dan nana pun macam perasan die nak salam nana, tapi nana langsung tak sangka die nak salam nana

(orang lain pun tak perasan insiden ni. sebab tengah sesak. makcik nana ade ramai cucu.)

sebab nana tau die pemalu. kalau nana, orang dah tak pandang, nana blah jeee sebab maluuu

tup tup nana rasa macam kesian lak. budak ni nak salam aku ke.

nana angkat la muke sikit tengok kat die, sekali die buka mulut "nak salam..." ahaaaa rasa bersalah pulak sebab budak kecik je punnn kesian dok tertunggu tunggu

so dengan feel yang awkward dan senyuman yg separa terkejut separa kesian dan separa malu, nana sambut tangannya. dan nana sambut juga tangan adik lelakinya...kemudian berpaling ke adik lelaki nana di sebelah kanan untuk meluahkan secara ringkas rasa malu ahaha


selepas dari peristiwa pagi tu, nana kemudiannya cuba atasi rasa awkward nana dengan budak kecik. tapi still awkward lagi. sebab bila nana singgah ke rumah makcik nana yang lain, nana bertembung dengan kawan nana INTAN SYAFINAS yeah. dan die ade anak buah lelaki 2 orang. then anak buah dia salam nana sambil ucap 'selamat hari raya' sangat comel tapi nana tetap rasa malu ahahaha


hmm. mungkin tahap umur nana ni memang rasa malu lebih kot kat lelaki. entah. tengok keadaan kot. ke nana sorang je? ahaha tak kisahlah tapi nana rasa bagus sebenarnye bila kita ada rasa malu, right? *wink*


jadiiii marilah kita bersama sama memupuk rasa malu~ semoga kerana-Nya :)

istihyaa',, bukan khajal, ok?

tamam. berakhir di sini. moga ada manfaat.

salam alaykum. fi amanillah ^^



12 Jul 2016

entri lapang lapang tak reti nak buat apa

bismillah arRahman arRaheem

salam alaykum pembaca
moga sihat selalu

rasa macam tak terlalu lewat utrk nana ucapkan salam lebaran ahaha. melainkan korang sesat baca post ni entah bulan apetah ahahah. post ni ditulis pada 6syawal 1437H ehehe

eh ye ke?

ehhhh tak laaa da 7 syawal. rini hari selasa ahaha. maklumlah org tengah cuti kat rumah mane nak tengok kalendar sangat aha

ok. nana nak citer kosong je la. isi masa lapang kat rumah kan? hmm

ritu 30 ramadhan. nana macam biasa puasa la kan. pagi tu sahur roti canai bersama ibu, abg sorg, kakak nana 2 org & kakak ipar . ayah & adik beradik lelaki lain (abg ipar juga) join qiamullail di masjid sekali sahur kat masjid. abg nana yang sorang tu tak terjaga time pukul 3pagi so die pergi masjid time solat subuh je tak dapat join qiam sekali.


then sepanjang pagi sampai tengahari, nana ok macam biasa.

sampai la nak dekat pukul satu kot, nana sakit perut yang pedih melampau. nana tak kenal sakit perut tu. nana tak pernah sakit perut gitu. memang sakit sangat.

sampai la azan zohor. nana serius nak pegi mandi then nak solat zohor jamaah dengan ibu & kakak2 nana tapi langsung xlarat nak tahan sakit. terbaring meringkuk tak dapat pun nak duduk betul2. 

keluarga nana semua risau tak tau nak buat apa. ibu nana tolong urut perut nana ruqyah sikit2. pujuk nana mandi & solat tapi nana tak larat. 

so keluarga nana pujuk nana untuk buka puasa makan roti then makan panadol & telan air banyak2 sebab macam da tak tahan sangat.

nana kata "puasa... puasa..."

kesudahan cerite nana pun terpaksa buka puasa makan roti then makan panadol soluble. pastu minum air banyak2. huhu nana segan & serba salah sebab terpaksa makan depan kakak & ibu nana yang puasa haritu

pastu muntah satu beg plastik ahahaha. keluar la balik roti nana semua tu. tapi da better skit.

memandangkan da better skit, nana pun nak bangun mandi solat. tapi sakit datang lagii

pastu cube la minum air banyak2  lagi. tapi muntah lagi satu beg plastik ahahaha


btw, da lega sikit, nana mandi tapi dalam keadaan baring ke duduk tah sebab tak larat. pegi solat lepastu. solat dalam keadaan berdiri (sebab masih mampu berdiri) tapi tak mampu nak tegak sangat. pergerakan untuk tuka kedudukan masa solat pun nana menjelma menjadi sloth


pastu lepas solat, nana rehat (tidur). tak dapat nak tolong masak untuk raya esoknya huhu

then bile asar, nana bangkit. da better & dapat ikut pergerakan jamaah ^^ alhamdulillah


tapi, kesakitan tu sentiasa datang secara berkala sampai la 1 syawal. pegi beraya rumah orang kejap2 sakit perut huhu..

then masa beraya kat rumah atuknenek, ibu mengadu kat adik die (pakcik nana) tentang nana. pakcik doktor. pakcik kata nana gastrik omgggg waw tak pernah2 aku gastrik. dapatlah ubat pakcik bagi. then malam tu telan 2 biji


dan 2 syawal nana da ok alhamdulillah :)



nampak simple kan cerite ni? tapi banyak pengajaran korang boleh dapat. nana belajar banyak perlara dalam 2 hari nana sakit tu. Allah yang ajar nana perkara2 tu :)

- tentang kasih sayang ibu
- tentang hubungan kekeluargaan yang kita kene jaga sebab apa pun jadi kat kita, keluarga yang kene kesannya
- tentang tanggungjawab kita pada Allah. sakit macamane pun, tetap kene laksanakan
- tentang ibadah puasa. jangan sesukahati je kau buka pegi makan kat tempat awam etc. dosa tau. tak takut Allah marah ke
- tentang hakikat bahawa keluarga sayangkan kita. sentiasa ada hampir bila2 masa je yang kita perlukan mereka tanpa mereka minta balasan pun
- ketahuilah bahawa keluarga yang baik, asasnya ialah didikan agama yang baik. kenalkan seorang manusia kepada agama, dia akan kenalkan kita kepada keharmonian hidup :)

dan pesanan daripada nana juga, walaupun pengajaran di bawah ni bukanlah pengajaran yang utama dibawa dalam cerita nana, tapi still nana nak kita semua ambil ya

- jaga solat jamaah. lazimi qiamullail. lelaki tempatnya di masjid, ada faham? kalau masuk je waktu solat, keluarga lelaki yang ade dalam rumah pergi ke masjid. kalau ade yang lambat2, yang perempuan halau mereka untuk pergi ke masjid

ahaha takde la halau sangat. just "eiishh, cepatlah da azan" gitu je la sampai semua lelaki da pergi



yang perempuan pun, walaupun duduk kat rumah, cube kejar solat awal waktu. kalau lagi solehah, tunggu waktu utk solat huhu


ade lagi ke pengajaran lainn yang nana terlepas? atau ade pengajaran tersembunyi yang korang dapati? kalau ade yang nana tak sebutkan tapi korang nak tambah, boleh tulis di ruangan komen yaa


itu je kot da cukup berjela da nana rasa ni. sebab jari nana da rasa macam sotong da menaip kat keyboard ni haa




akhir kata, jom jadi subuh warriors yeah ! #tvalhijrah lawati www.alhijrahmedia.com bagi yang tak pernah dengar siaran tv al-hijrah, ok?


salam alaykum
fi amanillah

10 Jul 2016

RP1; 2. 'Indah Gelisah'

bismillah arRahman arRaheem

salam alaykum :)

heeee,, ni post kedua sajak nana. nana ade banyak sajak actually. so sekarang ni tinggal taip semula dalam komputer dan post ahaaa sebab nana memang dah ade koleksi sajak. buku nota kompilasi sajak nana semua ni nana panggil sebagai "travel diary"

yup. nana hidup mengembara mencari ilmu & pengalaman. hidup masih panjang. kutip sebanyak mana permata yang jumpa di jalanan ahaaa

'ape ni kate ni postsajak pahal membebel banyak'

ahaaa sebab kalau post sajak sahaja thus post ni akan jadi sangat pendek dan nana tak merasa seperti sedang berkomunikasi dengan korang as pembaca. like i'm a stunned book-not a speaking human.


tak faham? ahaaa

maksud nana, cube bayangkan nana tampil ke pentas dengan tujuan nak persembahkan deklamasi sajak. dan takde siapa yang tolong perkenalkan diri nana-takde pengacara melainkan diri nana sendiri.
thus nana kenelah bagi sendiri kata2 aluan etc, right?

sama macam blog. hmmm taktau la kalau korang masih tak dapat nak samakan atau memang korang anggap dua benda tu jauh beza


ahaaaa da penat menaip... so terimalah ye akhirnya sajak nana


____________________________________________________________


'Indah Gelisah'
Pernah dibentangkan dalam tazkirah zohor untuk muslimat di kantin SAMTTAR
Dihantar sebagai suatu penyertaan dalam pertandingan menulis sajak sempena bulan bahasa SAMTTAR
10 Februari 2015 


Maha suci Tuhan
Yang Mencipta Kegelisahan

Minda yang jahil
Tidak tahu segala
Namun terus bisa 
Mengenal dosa pahala

Keagungan Tuhan
Mendetik aman
Tika laku kebaikan
Campak pula keresahan
Pada pelaku kemaksiatan
Tanpa perlukan minda
Hanya perlukan rasa
Hanya perlukan iman

Duhai 
Bersyukurlah jjiwa
Andai masih dirasa
Kegelisahan dalam dosa




_________________________________________________________



p/s :
Hmm.. sajak ni nana tulis sendiri tau. Nana tak kisah kalau korang nak copy paste share, tapi nana mohon tuliskan sumber korang dapat sajak nana ni, tau..
contohnya lepas kopipes share tu, mention la 'dipetik dari blog fakkir-nana.blogspot.com' ataupun 'nukilan blogger nana' huhu...

bukannya nak nama glamour tapi supaya bila nana terjumpa yg korang kopipes tu, tak la nana rasa terkilan senang cerita huhu





okay tu je in syaa Allah untuk kali ni salam alaykum fi amanillah ^^

9 Jul 2016

Request #1 sajak 'Haiwan Mukallaf'

bismillah arRahman arRaheem

assalamu alaykum warhmatulla ^^

haaaa, ingat lagi tak tentang post nana sebelum ni? yang great offer bagai2 tu haaa
belum pernah baca? mai sini klik sini untuk ke post tersebut ekekeke

so, entri kali ni nana nak tunaikan request yg pertama nana terima daripada Encik Iman ahaha
beliau minta nana :
-post sajak2
-tulis dengan ejaan yg lengkap

utk request yg pertama, hmm that's a good request sebenarnya. sangat membantu nana mengatasi masalah kekurangan idea nak update tentang apa sebab nana memang tulis sajak heeee~
so untuk makluman Encik Iman & pembaca sekalian, nana akan post sajak inn syaa Allah secara beterusan
haaa request yg kedua tu nana sedayaaaa upayaaa cuba praktikkan ye. as you can see ahaaa

btw, utk kod post sajak lepas ni nana akan refer as RP1; sajak n : "tajuk sajak" yg maksudnya requested post pertama sajak yg ke-... bertajuk sekian sekian


dan akhir kata, terimalah sajak pertama posted by nana :



"Haiwan Mukallaf"
Nada sinis
Pertandingan menulis sajak sempena bulan Bahasa
Kelas 6 Ikhlas, SAMTTAR
10 Februari 2015


Hidup macam haiwan
Tahu cuma makan
Bersungguh bergelut
Cuma untuk isi perut

Hidup macam haiwan
Tak kenal kawan jiran
Walau sampai mati
Tak teringat nak berbakti

Hidup macam haiwan
Sangat membosankan
Ada tiada tak beza
Tak dikenang sesiapa

Saat dibangkitkan
Berhadapan Tuhan
Sumbang apa untuk agama
Jawab sendiri bila ditanya


p/s :
Hmm.. sajak ni nana tulis sendiri tau. Nana tak kisah kalau korang nak copy paste share, tapi nana mohon tuliskan sumber korang dapat sajak nana ni, tau..

contohnya lepas kopipes share tu, mention la 'dipetik dari blog fakkir-nana.blogspot.com' ataupun 'nukilan blogger nana' huhu...

bukannya nak nama glamour tapi supaya bila nana terjumpa yg korang kopipes tu, tak la nana rasa terkilan senang cerita huhu


Itu saja in syaa Allah utk post kali ni. Salam alaykum fi amanillah ^^

29 Jun 2016

Great offer !!!!!!! Yahooooo

Bismillah arRahman arRaheem :D

Assalam alaykum ahoyyyy hoyyy

Hehe... berdebar x baca tajuk? Kakaka
"Ape yg great offer nye tuuuuuuu nana oiiii?"

Haaaaa, kat sini nana ada banyak offer baik punyaaaa. Malas nak belok2, nana cakap lurus je la ye

Secara basic, pembaca sekalian hendaklah tahu bahawa :
#nana merupakan bekas pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar, 42700 Banting Selangor dari tingkatan satu sampai tingkatan lima. Atau nama manjanya MITIB
@nana pernah hadir kelas tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR) Sungai Manggis Selangor
#nana merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) Londang, Masjid Tanah, Melaka
#nana pernah hadiri temuduga kemasukan ke MITIB
@pernah gak temuduga ke Kolej Vokasional Banting
#pernah temuduga utk perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) & Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
#pernah jadi badan kepimpinan di KMM & handle banyak program
#pernah jadi kepimpinan BADAR & asrama ketika di MITIB

Setakat ni tu je kot.

Sooooooo my offers iss  tadaaaa




OFFER #1 :

Berdasarkan pengalaman nana yg nana sebut kat atas tadi, maka korang boleh ajukan soalan kepada nana atau request nana utk buat tentang apa yg korang nak tahu melalui bahagian komen. Point yg nana tanda '#' means nana expert in syaa Allah. Point yg ditanda '@' means nana tak yakin nana expert.
P/s: sbb niat nana nak tolong korang utk dapatkan info. Tapi kadang taktahu info macamne yg korang nakkan. Maka nana pun tak tulis post pape sebab takde idea ahaaa


OFFER #2 :

Haaa, offer yg kedua ialah, sekirenya korang request kat nana utk tulis post2 yg korang nak, korang boleh request gaya penulisan yg korang senang hadam. In syaa Allah nana akan cuba sedaya upaya nana. Nak penulisan sempoi ke, bercerite ke, fakta & poin2 je ke tanpa huraian, penulisan formal etc  (Tapi kalau request nak post dalam bahasa inggeris huwaaaaa nana minta maaf kalau xberapa nak dapat tunaikan)


OFFER #3 :

Nana tak de idea nak bagi offer ape lagi kat korang nih. So offernyee ialah kalau korangg nakkan sebarang offer, boleh cadangkan kat ruangan komen. Cakap macam ni : "nana, offerlah kami sekian sekian sekian bla bla bla" okeh? Ahaaa terbaikk 👍👍





Hmmm, itu je la ye offer nana setakat ni. Btw bagi korang2 yg susah nak hadam pembacaan & nakkan vlog; harap maaf nana takkan buat vlog ye 😊 sbb segan nak terlalu broadcast yourself tu haaa. Cukuplah menulis, okey? Lagipun nana perempuan ahaaa

Tu je kot in syaa Allah

Fi amanillah ^^
Assalam alaykumm