25 Dis 2011

Perang besar

salam alaikum, bismillahirrahmanirrahim~

perang besar...dalam bahasa arab al-harbul 'azhma (الحرب العظمى), dalam bahasa inggeris pula the great war,, dalam bahasa melayu..perang besar la kan? tapi apa perang besar yg nana nak sampaikan ni? ini bukanlah la perang yg kita boleh gambarkan..


perang apa? perang berfikir? perang dalam catur? perang.....perang apa? apa yg nana nak sampaikan kat sini ialah perang jiwa. boleh tengok Puisi nana,(no.1), ianya tentang berperang dengan nafsu (kalau x faham sangat sajak tu, minta maaf la ye, bantai2 je ayatnye).


ramai diantara kita x nampak betapa liciknya musuh kita apabila kita berada di medan perang nafsu, terkadang nana tertipu juga dan tergelincir ke gaung yg gelap dalam cahaya. manusia, adakala tergelincir juga kan? 


memang terseksa (nana akui), apabila kita cuba kata 'taknak' pada sesuatu yang kita betul2 'nak'. 

contoh mudah yg akan menjadi fitrah setiap manusia-->>rasa tertarik pada yg berlainan jantina,, nana nak kongsi la pendapat nana; perasaan ni adalah lumrah kejadian manusia, bagi nana, x salah sekiranya terasa tertarik pada seseorang, tp jagalah pandangan (pandangan pertama tu, x pe la. yg da lepas, biarkan ia terus berlalu). 
mesti ada rasa nak pandang, nak jumpa, nak pegang, nak keluar same2, nak borak2, nak luahkan masalah, nak bermesra dengan romantisnya dan sebagainya. perkara2 ni merupakan KEHENDAK KITA,, kita betul2 teringin nak buat dan peluang sudah pun terhampar di depan mata. ia bukannye sesuatu yg sukar, tidak mengambil masa yg panjang; bukan seperti kita nak gapai cita2 yg mana cita2 itu takkan menyambut tangan kita. cita2 itu bukanlah sesuatu yg konkrit. 

tapi bilamana ianya kehendak kita, pasti la sukar utk mengelak drpd melawan kehendak. nak tp taknak. sukar bukan? kita yg menentukan sama ada mahu menang atau kalah dalam peperangan. ia lebih sukar drpd perang yg biasa kerana perang biasa (seperti perang dunia dan sebagainya) tak punya pilihan selain kemenangan yg nikmat. 


bagaimana hendak memilih kemenangan yg hasilnya hanya akan diketahui ketika dihisab nanti, dan tidak pula zahir di mata ketika ini. umpama berperang (yg punya pilihan utk menang/ kalah) dan kita tercedera (terkilan kerana tidak dapat apa yg dimahukan) kemudian menang (syaitan berputus asa sekejap). setelah menang, sesat pula di medan perang, tiada harta rampasan,tawanan,rawatan kecederaan,makanan (tidak mendapat ganjaran zahir) dan sekadar merasa tenang seketika sebelum musuh yg lari dari medan kembali lagi dgn bala tentara yg lebih gagah (syaitan yg lebih licik drpd yg sblumnya),, 


kekalahan pula umpama api yg dihiasi salji. memang seronok apabila kita memperoleh apa yg kita inginkan. namun ini akan menyebabkan iman kita menjadi tipis lama-kelamaan. ini kerana kita tidak mahu menanggung ujian yg susah2 belaka, sedangkan itulah kemampuan kita. cubalah bayangkan, seorang pelajar yg sudah berpayahan belajar (pengalamn lalu) utk menjalani UPSR (ujian dalam hidup), apabila tiba hari ujian dia tak mahu menghadapinya kerana percaya yg ianya terlau susah (mempersoalkan dan mengatakan Allah 'x adil'), lalu mengadu pada gurunya utk memberikan ujian darjah satu sahaja (meminta agar jgn sekali-kali menimpakan ujian yg berat). tp gurunya tidak memberi peluang utk dia menjalani ujian darjah 1 (Allah hanya menguji hamba-Nya mengikut kemampuannya). lalu dia mengambil keputusan utk gagal dlm setiap ujiannya (menuruti hawa nafsunya dan mengatakan dia x mampu melawan). apakah dia akan menjadi semakin pandai sekiranya tidak mencuba? (bertambahkah darjat keimanan seseorang sekiranya tidak diuji?) tentulah dia semakin lemah kerana dia hanya yakin utk menjawab soalan darjah 1 sahaja! (imannya makin tipis kerana x mahu menghadapi ujian yg sepatutnya)


kalau kita x berani mencuba, sampai bila pun kita takkan berubah,, 

cabaran dan rintangan menyeksa fizikal dan minda, sentiasa mendorong kita untuk menang dan berkorban segalanya,,
tetapi cabaran nafsu dan gelodak jiwa, menebar 2 pilihan yg sukar, tersekat dalam dilema palsu yang diada-adakan, hanya iman dan taqwa menjana kekuatan dan motivasi dalaman,,

Betapa sukarnya menjaga iman tanpa ilmu, kan?

Dan betapa sia-sianya ilmu tanpa iman...wallahu a'lam 


nana minta diri dulu, assalamualaikum..may Allah bless us~ameen..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan