26 Dis 2011

hubungan terhalang yg terlarang

salam alaikum, bismillahirrahmanirrahim,,

apa yg terlintas di fikiran anda apabila membaca tajuk post kali ini? entahlah,, jawab la dlm hati, nana x tahu ape yg anda fikir. tapi ape yg nana fikir ialah tentang.......nanti nana gitau~

baru2 ni kawan nana ada post tentang perkahwinan gay seorang pelajar malaysia bersama pasangannya (lelaki luar negara) di luar negara, bertempat di sebuah gereja. x perlu la nana sebut namanye~

bukanlah sesuatu yg menghairankan 2 lelaki atau 2 perempuan yg saling bersyahwat sesama mereka. perkara ini tidak lagi dilihat sebagai perkara yg terlalu besar di zaman fitnah yg kita sedang hadapi. itu yg nana perhati--> yg berlaku di negara kita. nana mengaku nana sendiri merasa sudah biasa dgn dunia sekarang; penuh maksiat, melambak di seluruh tempat. walaupun masih ada yg jelek dgn perbuatan keji gay, lesbian dan zina, namun majoriti masyarakat sudah buta; terutamanya mereka yg kononnya mempertahankan hak kebebasan dalam setiap perkara; tidak melihat apa yg salah itu salah, dan menipu diri sendiri; tidak mengakui apa yg benar itu benar. 

sungguh, nana kata sesiapa yg diuji dengan perasaan tertarik kpd golongan sejenis ini lebih sukar berbanding org yg diuji dgn perasaan terhadap berlainan jenis.nak tau knapa nana berpendapat demikian?


kalau lelaki yg berpegangan dgn perempuan, sekurang-kurangnya orang lain akan perasan dan ada rasa utk menegur (bagi yg ada rasa utk mengumpat/mencela, tak payah la buat dosa), dan kalau ustaz2 nampak pun, org lain akan meminta ustaz2 untuk tegur.


namun sekiranya perempuan berpegangan dgn perempuan, berpeluk setiap kali bertemu, bergurau senda, jalan beriringan, kongsi sundae dgn berhadapan dan shopping sama2, apakah ada org yg perasan? kalau nana pun, nana nampak mesranya lebih2 skit, paling teruk pun nana cakap diorang tu 'perempuan / lelaki gedik2 belaka'..

tapi adakalanya kita perasan kemesraan yg keterlaluan di kalangan mereka. dan kita akan mula menyangka "uishh, diorang ni gay / lesbian ke? lain macam je gayanya". ini kerana kadangkala golongan ini x perasan diorang 'ter'buat aksi yg akan menimbulkan prasangka. 

sebenarnya bukan pasal 'couple' yg gay & lesbian nana nak nukilkan,


tapi tentang mereka yg tertarik kpd golongan sejenis, tapi tidak meluahkannya. org mcm ni sgt2 la kesian. ada la sorang ni yg nana kenal, dia penah alami ujian camni,, dia minta doakan dia agar kuat iman sentiasa, dia taknak ada perasaan camni lg la senang cerita. 

nana nak buat perbandingan; 1. A dan B kawan. x tau camne, tetiba A suka B, kemudian A cakap pada B, tentulah B jelek dan mula menjauhkan diri drpd A. ataupun B menjauh dan meminta C agar menasihati A sehingga A  insaf dan kembali normal. 2. A dan B kawan. 1 hari berlaku la satu peristiwa yg menyebabkan A minat pada B.  tp A taknak gitau B sbb dia malu dan menganggap sekiranya dia bagitau B, dia telah mmbuka aibnya sendiri. (org kate kalau cinta jgn diluah, nnti Allah tarik rasa cinta tu perlahan-lahan). lalu A pun mmbuat keputusan untuk menjauhkan diri drpd B. A mmberi nota kpd B agar jgn mendekati dia buat jangka masa panjang. B terkilan dan sentiasa ingin bertemu A bg memberikan penjelasan. A semakin tertekan. tentu la A berdebar menghadapi B dan sentiasa berada dalam dilema-->>berjauhan dan membingungkan kawan? atau hanya bertegur sapa tanpa borak, duduk renggang, mata tertunduk dsb? atau terus keep in touch berpegangan dan suap-menyuap? mana satu mahu pilih?





susah kan org yg mndapat ujian sebegini?

kalau nak cerita kat org pon, mesti org pandang teruk (kecuali org yg berfikiran terbuka)
kalau nak cerita kat org pun, boleh ke org tu bantu, sbb nana rasa x ramai penah ada pengalaman camni, bila x de pengalaman, kurang la skit ilmu tu.
kalau nak cerita kat org pon, x pasal2  dia hebohkan, kalau heboh pasal couple laki pompuan normal la gak,, tapi tetiba pasal pompuan suke pompuan, x ke sgt2 memalukan? 
(nana tumpang sedih kat org yg nana kenal tu,, dia minta nasihat dr beberapa kawan sebaya yg dia percaya, x pasal2 cerita dia tersebar. tp alhamdulillah org lain hanya dpt cerita yg kononnya dia minat kat lelaki, x de la dia tanggung aib yg besar sgt)
kesian org camni,, tp, Allah mmg takkan uji hamba2-Nya melainkan apa kemampuannya.. Allah tu Maha Adil


kalau kawan anda asyik nak tersipu-sipu je bila jumpa anda, lebih baik tanya "apsal ko ni? tersipu-sipu cam angau kat aku je". kalau reaksi kawan tu tertunduk ke, menidakkan dgn manja ke, menidakkan dgn keras tp muka cam malu2 ke,, lebih baek anda tanye die lg "ko ni suke aku ke...?" pastu pandai2 la anda buat tindakan yg seterusnya,, nana tak nak rekomen pape dah!


wallahu a'lam,,ok, nana nak minta diri dulu, 
salam alaikum,, may Allah bless us..ameen~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan