11 Jun 2017

Penampilan khas Encik Iman #1

Bismillah arRahman arRaheem
Salam Alaykum ^^. Moga pembaca sihat hendaknya

I'm posting from my phone, so it's a bit mencabar memandangkan fon kite kecik pastu jari kite saiz 20-an. Bukan apa, malas nak buka laptop :p

So hari ni in syaa Allah, na nak post satu sajak, dinukil oleh kawan na, encik iman

Beliau da lama da bagi kat na sajak ni, tahun lepas ada kut, Tapi sampai ke sudah na dak post. Tapi na ada kanji dengan beliau dulu Untuk post. Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan


Makaaaaaaaaaaaa dengan ini hamba ingin mengeposlah yang demikian itu seperti mana tertera di bawah


Sungguh, aku takut
Takut yang teramat
Takut dengan hidup
Takut dengan mati
Takut untuk menjalani kehidupan
Takut menghadapi pengakhiran

Sungguh aku trauma
Trauma terhadap liku-liku kehidupan
Trauma dengan taman bunga berduri
Calar balar hatiku
Luka tidak berdarah
Jantung tidak bernyawa

Seram
Seram untuk berubah
Seram untuk hidup
Seram untuk sakit
Seram untuk merasai

Sungguh aku sedih
Perasaan kian menghilang
Meninggalkan rangka tulang
Kebas dan sepi
Tanpa jiwa sanubari

2016 - M.S. Iman a-H


Wuuuuuu. Demikianlah puisi yang datangnya dari sanubari seorang encik bernama iman ye. Tidak dapat na mentafsirkan puisinya yang mungkin pembaca menilainya sebagai mudah difahami, memandangkan pemilik maksud yang demikian itu hanya sanyalah ia dimiliki oleh beliau, Bukan kita.


Sekian dahululah post na Untuk Kali ini. Na yang mengepos pada hari ni masih orang yang sama, walaupun na semakin malas ingin menulis nama sendiri *mata ke atas tangan di bahu sambil memasamkan bibir.

Dan seperti biasa, walaupun puisi2 yang dipos di blog ini tidaklah mempunyai hal cipta terpelihara, namun pencipta puisi2 ini masih mempunyai rasa pemilikan yang harapan kami agar dihormati ye oleh pembaca sekalian

Sekadar itu sahaja. Kebas tangan aku dah ni pegang fon. Babai

Salam Alaykum. Fi amanillah ^o^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan