20 Jul 2016

RP1; 5. "Menanti terbit kalimat baru"

bismillah arRahmaan arRaheem

salam alaykum. selamat pagi. post ni ditulis pada jam 7.20 agi lebih kurang.

hhaaaaa jangan nak sukee sangat tidur lepas subuh, okay? berusahalah menjadi umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam

well, seperti mana nana pernah bagitau sebelum ni, bahawasanya nana sekarang menganggur di rumah sementara menunggu keputusan upu.

so kadang2, bile kite ade kat rumah sorang2 ni, tanpa kawan2 yg boleh mengingatkan, keluarga pun semua ade komitmen kat tempat lain, mak ayah pagi2 pegi kerja- maka kite terleka dan erlupa bahawa umat islam itu seharusnya cemerlang. mesti ada perkara yg bermanfaat yg dilakukan sepanjang masa-bukan membuang masa dengan perkara yg tidak mendatangkan hasil di dunia mahupun di akhirat

hmmm,, ruginya... termasuklah diri nana.. manusia, kadang kita terleka. moga Allah ampunkan dosa..

so, pastikan hari nii lebih baik dari semalam, okay guys?

(dulu nana terinspirasi dengan lagu "menuju wawasan" nyanyian unic. boleh la search kalau korang nak tahu lagu tu. hmmm besar pahala mereka2 yg terlibat dalam menerbitkan lagu tu, tau. buat lagu pun boleh memberi manfaat kepada ummah :) )


dan kalimat yg dinantikan pembaca sekalian (barangkali? ahaha). nana persembahkan sajak


(psstt,, sebenarnya nana baru perasan yang sajak ni nana terlupa nak bagi tajuk. masa nak post kat blog baru perasan padahal dah tulis lama dah. tahun 2015 kot. sebab tarikh pun nana terlupa nak tulis. tajuk sajak tuuu letak on the spot je aha) 


___________________________________________________________________

"Menanti terbit kalimat baru"
2015
Nada melankolik


Malam gelita
Ada kelopak yang tertutup
Ada yang terbuka

Ada kelopak ditutup buka
Setia menjadi denai alir mutiara

Ada wajah disembam
Ke bantal ke tilam
Membasahinya sepanjang malam

Ada wajah disembam
Ke hamparan bersulam
Dengan esakan yang tenggelam 
Namun harapannya menjulang

Malam gelita 
Ada manusia dilena
Ada terlena
Ada melena
Ada terpana

Ada yang menangis
Ditinggal kekasihnya;
Ada
Merayu kasihnya;
Ada yang menangis
Berdosa 
Meninggalkan pengasihnya

Dunia 
Penuh kecintaan yang meleka
Ungkap kalimat 'cinta' dikotori
Padahal ia suci murni




Akhirnya 'cinta' tak lagi suci
Untuk berganding dengan Ilahi

_______________________________________________________

p/s :
Hmm.. sajak ni nana tulis sendiri tau. Nana tak kisah kalau korang nak copy paste share, tapi nana mohon tuliskan sumber korang dapat sajak nana ni, tau..
contohnya lepas kopipes share tu, mention la 'dipetik dari blog fakkir-nana.blogspot.com' ataupun 'nukilan blogger nana' huhu...

bukannya nak nama glamour tapi supaya bila nana terjumpa yg korang kopipes tu, tak la nana rasa terkilan senang cerita huhu


pesanan yang berulang kali nana kopipes, kan? maaf kalau jemu


okay setakat itu sahaja ya untuk entri kali ni
selamat berpuasa enam bagi yang masih berpuasa enam. Allah gandakan bagi kalian dan kami atas kesungguhan melakukan ibadah kerananya in syaa Allah :)

salam alaykum fi amanillah ^^


19 Jul 2016

RP!; 4. 'Kerana aku mengerti'

bismillah arRahman arRaheem

salam alaykum^^

okey. seperti tajuk yang korang da baca, kali ni sekali lagi houwoooo sekali lagi houwouooo (lagu najwa latif)

ok.

sekali lagi nana nak persembahkan kepada pembaca semua----sajak nana

haaa. sajak kali ni bukan sajak sinis eh. sajak ni sajak melankolik campur bahagia aha. nana rasa nana kene belajar lagi la tentang mengkategorikan nada sajak, ye tak? #siscuba


so, nana tak mau lama2. i present to you

___________________________________________________________

"Kerana Aku Mengerti"
15 Oktober 2015
Kolej Matrikulasi Melaka, Bilik A1.1.7
Ditulis ketika Nana mengambil keputusan dan nekad untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti dalam bidang kedoktoran-sedayanya moga Allah izinkan
Demi memenuhi kehendak ibunda 
Pernah dideklamasikan di atas pentas Dewan Kuliah 1 sempena pertandingan Talent Time anjuran College Islamic Festival (CIF). Kali pertama Nana deklamasikan sajak di khalayak.



Dalam telah aku menyelam
Tapi renang kaki makin henti
Nada seakan makin sepi
Walau sepatutnya ada irama yang teralun

Ke mana hilangnya nyanyian ombak
Tercari masih lambai ekor duyung
Mengapa dunia makin suram
Atau mata yang makin kelam?
Aku berhenti, sejenak teringat usul diri
Dalam pandangan yang makin kabur

Mungkin aku harus berhenti
Kembali bertapak pada bumi
Bukan pada karang mati
Bukan lagun jerlus pemakan kaki

Kembali ke bumi
Mengejar cita gapai mentari
Yang ibu kehendaki
Demi mencicip cangkir bahagia
Bersamanya

Kerana aku mengerti


____________________________________________________________

p/s :
Hmm.. sajak ni nana tulis sendiri tau. Nana tak kisah kalau korang nak copy paste share, tapi nana mohon tuliskan sumber korang dapat sajak nana ni, tau..
contohnya lepas kopipes share tu, mention la 'dipetik dari blog fakkir-nana.blogspot.com' ataupun 'nukilan blogger nana' huhu...

bukannya nak nama glamour tapi supaya bila nana terjumpa yg korang kopipes tu, tak la nana rasa terkilan senang cerita huhu

pesanan yang berulang kali nana kopipes, kan? maaf kalau jemu

alhamdulillah ala kulli haal. sekadar itu sahaja utk kali ni :)

salam alaykum
fi amanillah ^^

RP1: 3. 'Diam Pujangga Muda'

bismillah arRahman arRaheem

salam alaykum pembaca *wink

post kali ni nana akan sampaikan satu lagi sajak nana. sajak ni nana tak pasti bernada apa (patriotik no, melankolik tak de la sedih2 pulak, sinis tak jugak.... hmmm sinis sikit kudd mehhh)


maaf bagi yg tak suke sajak nada sinis ye. nana tak tau kenapa 2 tahun kebelakangn ni nana banyak tulis sajak nada sinis (tapi ade jjugeee sajak yg bawa mesej bahagiaaaaa yuhuu rasa terbangg)

masa nana sekolah  menengah, banyak malah hampir semua sajak yg nana karang berbunyi melankolik. sebab nana suke luahkan perasaan sayu yang tak tertahan melalui sajak kot. manakala perasaan gembira takde satu pun kalimah yg nana jumpa dapat mengungkapkannye. ehee macam poyo, kan? kalau nana gembira nana takkan dapat buka mulut pun selalunya :) alhamdulillah ala ulli haal


ok. sajak kali ni mesej die macam poyo dan bajet bagus. tapi sebenarnya sajak ni menggambarkan self confidence sedikit sebanyak tauu

terimalah ~(--,--)~

"Diam Pujangga Muda"
SAMTTAR 10.2.2015
Ditulis di satu sudut. hujung letaknya di belakang kelas. betul2 ditepi pintu & berjarak kurang 1meter dari penyapu, penyodok serta bakul sampah kelas 6 ikhlas
Telah dihantar sebagai suatu penyertaan dalam pertandingan menulis sajak sempena bulan bahasa SAMTTAR
ditulis dengan niat menyindir sebahagian kelompok orang lingkungan umur dewasa yang mengatakan "remaja dah besar patut retilah beza baik buruk" tapi dalam masa yang sama menafikan suara orang muda dalam hal yg baik2 dengan mengatakan "remaja apa tau, baru setahun jagung tak payah nak berlagak"

Sehelai kain putih
Menagih corak untuk dicoret
Si berus pengalaman runcing
Biar serabut matanya

Sehelai kain putih
Hanya terbentang diam
Rela ditiup angin
Menapis warna yang turut terbang
Menyerap segala coret yang datang

Diam sahaja kain itu
Tidak mahu terbang sendiri
Tidak mahu sendiri mencari
Hanya menanti
Hanya perhati
Ada percik warna muncul sendiri

Sehelai kain putih
Diwarna percik-percik
Dari jauh terlihat jernih
Walhal padanya
Terselindung seribu warna 
Bertindihan sesama


________________________________________________________________


p/s :
Hmm.. sajak ni nana tulis sendiri tau. Nana tak kisah kalau korang nak copy paste share, tapi nana mohon tuliskan sumber korang dapat sajak nana ni, tau..
contohnya lepas kopipes share tu, mention la 'dipetik dari blog fakkir-nana.blogspot.com' ataupun 'nukilan blogger nana' huhu...

bukannya nak nama glamour tapi supaya bila nana terjumpa yg korang kopipes tu, tak la nana rasa terkilan senang cerita huhu
__________________________________________________________________

okey. tu saja utk entri kali ni. terima kasih sudi baca :)

salam alaykum fi amanillah

cetera hari raya

bismillah arRahman arRaheem

salam alaykum ^^

pembacaa peace~ apa khabar. moga baik2 sajeee


nana belum habis cerita tentang rayaaa. moga Allah terima amal kita semua ketika sepanjang bulan ramadhan


haaa ape yang tak habis cerita tuuuu, tak sabar nak tau?

hmm.. cerita pendek je. nana dah terlalu lamaaaa sangat tak jumpe saudara2. lama sangat2. nak bersalam salaman apatah lagi. hmmm raya je la kesempatan nak salam2 ni

dan nana tak ingat bila kali terakhir nana sentuh tangan budak2 lelaki ahaha. sebab nana tak ade gian nak main dengan budak2. so memang takde la nak pegang2 budak ni. kalau pegang pun pegang bahu utk tolong lintas jalan etc. berlapik dengan baju. ahaaaa taktau kenapa rasa malu walaupun budak jeee

dengan lelaki2 yg da besar panjang, bapak2 budak, lelaki yang muda2 terutamanya apatah lagi, kan? lagi la malu. muka tak merah tapi telinga rasa tersirap darah sebab malu


haaaaaa nak dijadikan ceritaa, nana dan keluarga pegi beraya rumah jiran2, saudara semua la kan. sampai kat rumah makcik, ade sorang anak sepupu nana dok salam semua orang. pemalu budaknya-macam akak abang die-pemalu.

sampai kat nana, nana perasan yg die dok menunggu je tepi nana sambil sengih2 tertunduk2. pastu macam gerak2 kat tepi nana. payah la nak describe tapi gaya pemalu la. lama la gak, dalam 10 saat ada. tapi nana tak perasan sangat sebab tak pandang pun muka die. tak pandang pun kat die. dan nana pun macam perasan die nak salam nana, tapi nana langsung tak sangka die nak salam nana

(orang lain pun tak perasan insiden ni. sebab tengah sesak. makcik nana ade ramai cucu.)

sebab nana tau die pemalu. kalau nana, orang dah tak pandang, nana blah jeee sebab maluuu

tup tup nana rasa macam kesian lak. budak ni nak salam aku ke.

nana angkat la muke sikit tengok kat die, sekali die buka mulut "nak salam..." ahaaaa rasa bersalah pulak sebab budak kecik je punnn kesian dok tertunggu tunggu

so dengan feel yang awkward dan senyuman yg separa terkejut separa kesian dan separa malu, nana sambut tangannya. dan nana sambut juga tangan adik lelakinya...kemudian berpaling ke adik lelaki nana di sebelah kanan untuk meluahkan secara ringkas rasa malu ahaha


selepas dari peristiwa pagi tu, nana kemudiannya cuba atasi rasa awkward nana dengan budak kecik. tapi still awkward lagi. sebab bila nana singgah ke rumah makcik nana yang lain, nana bertembung dengan kawan nana INTAN SYAFINAS yeah. dan die ade anak buah lelaki 2 orang. then anak buah dia salam nana sambil ucap 'selamat hari raya' sangat comel tapi nana tetap rasa malu ahahaha


hmm. mungkin tahap umur nana ni memang rasa malu lebih kot kat lelaki. entah. tengok keadaan kot. ke nana sorang je? ahaha tak kisahlah tapi nana rasa bagus sebenarnye bila kita ada rasa malu, right? *wink*


jadiiii marilah kita bersama sama memupuk rasa malu~ semoga kerana-Nya :)

istihyaa',, bukan khajal, ok?

tamam. berakhir di sini. moga ada manfaat.

salam alaykum. fi amanillah ^^



12 Jul 2016

entri lapang lapang tak reti nak buat apa

bismillah arRahman arRaheem

salam alaykum pembaca
moga sihat selalu

rasa macam tak terlalu lewat utrk nana ucapkan salam lebaran ahaha. melainkan korang sesat baca post ni entah bulan apetah ahahah. post ni ditulis pada 6syawal 1437H ehehe

eh ye ke?

ehhhh tak laaa da 7 syawal. rini hari selasa ahaha. maklumlah org tengah cuti kat rumah mane nak tengok kalendar sangat aha

ok. nana nak citer kosong je la. isi masa lapang kat rumah kan? hmm

ritu 30 ramadhan. nana macam biasa puasa la kan. pagi tu sahur roti canai bersama ibu, abg sorg, kakak nana 2 org & kakak ipar . ayah & adik beradik lelaki lain (abg ipar juga) join qiamullail di masjid sekali sahur kat masjid. abg nana yang sorang tu tak terjaga time pukul 3pagi so die pergi masjid time solat subuh je tak dapat join qiam sekali.


then sepanjang pagi sampai tengahari, nana ok macam biasa.

sampai la nak dekat pukul satu kot, nana sakit perut yang pedih melampau. nana tak kenal sakit perut tu. nana tak pernah sakit perut gitu. memang sakit sangat.

sampai la azan zohor. nana serius nak pegi mandi then nak solat zohor jamaah dengan ibu & kakak2 nana tapi langsung xlarat nak tahan sakit. terbaring meringkuk tak dapat pun nak duduk betul2. 

keluarga nana semua risau tak tau nak buat apa. ibu nana tolong urut perut nana ruqyah sikit2. pujuk nana mandi & solat tapi nana tak larat. 

so keluarga nana pujuk nana untuk buka puasa makan roti then makan panadol & telan air banyak2 sebab macam da tak tahan sangat.

nana kata "puasa... puasa..."

kesudahan cerite nana pun terpaksa buka puasa makan roti then makan panadol soluble. pastu minum air banyak2. huhu nana segan & serba salah sebab terpaksa makan depan kakak & ibu nana yang puasa haritu

pastu muntah satu beg plastik ahahaha. keluar la balik roti nana semua tu. tapi da better skit.

memandangkan da better skit, nana pun nak bangun mandi solat. tapi sakit datang lagii

pastu cube la minum air banyak2  lagi. tapi muntah lagi satu beg plastik ahahaha


btw, da lega sikit, nana mandi tapi dalam keadaan baring ke duduk tah sebab tak larat. pegi solat lepastu. solat dalam keadaan berdiri (sebab masih mampu berdiri) tapi tak mampu nak tegak sangat. pergerakan untuk tuka kedudukan masa solat pun nana menjelma menjadi sloth


pastu lepas solat, nana rehat (tidur). tak dapat nak tolong masak untuk raya esoknya huhu

then bile asar, nana bangkit. da better & dapat ikut pergerakan jamaah ^^ alhamdulillah


tapi, kesakitan tu sentiasa datang secara berkala sampai la 1 syawal. pegi beraya rumah orang kejap2 sakit perut huhu..

then masa beraya kat rumah atuknenek, ibu mengadu kat adik die (pakcik nana) tentang nana. pakcik doktor. pakcik kata nana gastrik omgggg waw tak pernah2 aku gastrik. dapatlah ubat pakcik bagi. then malam tu telan 2 biji


dan 2 syawal nana da ok alhamdulillah :)



nampak simple kan cerite ni? tapi banyak pengajaran korang boleh dapat. nana belajar banyak perlara dalam 2 hari nana sakit tu. Allah yang ajar nana perkara2 tu :)

- tentang kasih sayang ibu
- tentang hubungan kekeluargaan yang kita kene jaga sebab apa pun jadi kat kita, keluarga yang kene kesannya
- tentang tanggungjawab kita pada Allah. sakit macamane pun, tetap kene laksanakan
- tentang ibadah puasa. jangan sesukahati je kau buka pegi makan kat tempat awam etc. dosa tau. tak takut Allah marah ke
- tentang hakikat bahawa keluarga sayangkan kita. sentiasa ada hampir bila2 masa je yang kita perlukan mereka tanpa mereka minta balasan pun
- ketahuilah bahawa keluarga yang baik, asasnya ialah didikan agama yang baik. kenalkan seorang manusia kepada agama, dia akan kenalkan kita kepada keharmonian hidup :)

dan pesanan daripada nana juga, walaupun pengajaran di bawah ni bukanlah pengajaran yang utama dibawa dalam cerita nana, tapi still nana nak kita semua ambil ya

- jaga solat jamaah. lazimi qiamullail. lelaki tempatnya di masjid, ada faham? kalau masuk je waktu solat, keluarga lelaki yang ade dalam rumah pergi ke masjid. kalau ade yang lambat2, yang perempuan halau mereka untuk pergi ke masjid

ahaha takde la halau sangat. just "eiishh, cepatlah da azan" gitu je la sampai semua lelaki da pergi



yang perempuan pun, walaupun duduk kat rumah, cube kejar solat awal waktu. kalau lagi solehah, tunggu waktu utk solat huhu


ade lagi ke pengajaran lainn yang nana terlepas? atau ade pengajaran tersembunyi yang korang dapati? kalau ade yang nana tak sebutkan tapi korang nak tambah, boleh tulis di ruangan komen yaa


itu je kot da cukup berjela da nana rasa ni. sebab jari nana da rasa macam sotong da menaip kat keyboard ni haa




akhir kata, jom jadi subuh warriors yeah ! #tvalhijrah lawati www.alhijrahmedia.com bagi yang tak pernah dengar siaran tv al-hijrah, ok?


salam alaykum
fi amanillah

10 Jul 2016

RP1; 2. 'Indah Gelisah'

bismillah arRahman arRaheem

salam alaykum :)

heeee,, ni post kedua sajak nana. nana ade banyak sajak actually. so sekarang ni tinggal taip semula dalam komputer dan post ahaaa sebab nana memang dah ade koleksi sajak. buku nota kompilasi sajak nana semua ni nana panggil sebagai "travel diary"

yup. nana hidup mengembara mencari ilmu & pengalaman. hidup masih panjang. kutip sebanyak mana permata yang jumpa di jalanan ahaaa

'ape ni kate ni postsajak pahal membebel banyak'

ahaaa sebab kalau post sajak sahaja thus post ni akan jadi sangat pendek dan nana tak merasa seperti sedang berkomunikasi dengan korang as pembaca. like i'm a stunned book-not a speaking human.


tak faham? ahaaa

maksud nana, cube bayangkan nana tampil ke pentas dengan tujuan nak persembahkan deklamasi sajak. dan takde siapa yang tolong perkenalkan diri nana-takde pengacara melainkan diri nana sendiri.
thus nana kenelah bagi sendiri kata2 aluan etc, right?

sama macam blog. hmmm taktau la kalau korang masih tak dapat nak samakan atau memang korang anggap dua benda tu jauh beza


ahaaaa da penat menaip... so terimalah ye akhirnya sajak nana


____________________________________________________________


'Indah Gelisah'
Pernah dibentangkan dalam tazkirah zohor untuk muslimat di kantin SAMTTAR
Dihantar sebagai suatu penyertaan dalam pertandingan menulis sajak sempena bulan bahasa SAMTTAR
10 Februari 2015 


Maha suci Tuhan
Yang Mencipta Kegelisahan

Minda yang jahil
Tidak tahu segala
Namun terus bisa 
Mengenal dosa pahala

Keagungan Tuhan
Mendetik aman
Tika laku kebaikan
Campak pula keresahan
Pada pelaku kemaksiatan
Tanpa perlukan minda
Hanya perlukan rasa
Hanya perlukan iman

Duhai 
Bersyukurlah jjiwa
Andai masih dirasa
Kegelisahan dalam dosa




_________________________________________________________



p/s :
Hmm.. sajak ni nana tulis sendiri tau. Nana tak kisah kalau korang nak copy paste share, tapi nana mohon tuliskan sumber korang dapat sajak nana ni, tau..
contohnya lepas kopipes share tu, mention la 'dipetik dari blog fakkir-nana.blogspot.com' ataupun 'nukilan blogger nana' huhu...

bukannya nak nama glamour tapi supaya bila nana terjumpa yg korang kopipes tu, tak la nana rasa terkilan senang cerita huhu





okay tu je in syaa Allah untuk kali ni salam alaykum fi amanillah ^^

9 Jul 2016

Request #1 sajak 'Haiwan Mukallaf'

bismillah arRahman arRaheem

assalamu alaykum warhmatulla ^^

haaaa, ingat lagi tak tentang post nana sebelum ni? yang great offer bagai2 tu haaa
belum pernah baca? mai sini klik sini untuk ke post tersebut ekekeke

so, entri kali ni nana nak tunaikan request yg pertama nana terima daripada Encik Iman ahaha
beliau minta nana :
-post sajak2
-tulis dengan ejaan yg lengkap

utk request yg pertama, hmm that's a good request sebenarnya. sangat membantu nana mengatasi masalah kekurangan idea nak update tentang apa sebab nana memang tulis sajak heeee~
so untuk makluman Encik Iman & pembaca sekalian, nana akan post sajak inn syaa Allah secara beterusan
haaa request yg kedua tu nana sedayaaaa upayaaa cuba praktikkan ye. as you can see ahaaa

btw, utk kod post sajak lepas ni nana akan refer as RP1; sajak n : "tajuk sajak" yg maksudnya requested post pertama sajak yg ke-... bertajuk sekian sekian


dan akhir kata, terimalah sajak pertama posted by nana :



"Haiwan Mukallaf"
Nada sinis
Pertandingan menulis sajak sempena bulan Bahasa
Kelas 6 Ikhlas, SAMTTAR
10 Februari 2015


Hidup macam haiwan
Tahu cuma makan
Bersungguh bergelut
Cuma untuk isi perut

Hidup macam haiwan
Tak kenal kawan jiran
Walau sampai mati
Tak teringat nak berbakti

Hidup macam haiwan
Sangat membosankan
Ada tiada tak beza
Tak dikenang sesiapa

Saat dibangkitkan
Berhadapan Tuhan
Sumbang apa untuk agama
Jawab sendiri bila ditanya


p/s :
Hmm.. sajak ni nana tulis sendiri tau. Nana tak kisah kalau korang nak copy paste share, tapi nana mohon tuliskan sumber korang dapat sajak nana ni, tau..

contohnya lepas kopipes share tu, mention la 'dipetik dari blog fakkir-nana.blogspot.com' ataupun 'nukilan blogger nana' huhu...

bukannya nak nama glamour tapi supaya bila nana terjumpa yg korang kopipes tu, tak la nana rasa terkilan senang cerita huhu


Itu saja in syaa Allah utk post kali ni. Salam alaykum fi amanillah ^^