assalamualaikum!!!
wah, dah lama sgt nana x jenguk dan menulis kat blog ni kan?
fuhhh... byk sawang labah-labah perlu dibersihkan ni
---bersihkan----
achuuumm...! habuk! haha
berbulan bertahun tlh berlalu, sebahagian diri nana yg dulu pun tlh berlalu, peace!
nana lebih sempoi kot skarang, dan tlh memiliki personaliti diri yg fix sikit la berbanding dulu~~
well, pengaruh kawan & kita yg pilih kita nak jadi ape
nana just berpendapat, kite perlu bersikap lebih open dan santai, dlm keadaan jati diri mesti utuh, barulah dakwah dan mentaliti yg ingin disampaikan kpd mad'u zaman millenium dpt diterima dgn lebih mudah,,
still, itu pendapat nana je, dan pendapat ni pun tidak semestinya dipraktikkan oleh semua pendakwah terhadap semua lapisan masyarakat, melihat kpd siapa yg menjadi target dakwah kite jugak~ lalala~~
sekadar perkongsian.
sebenarnya post kali ni nana nak ckp yg nana terfikir utk mendokumentasikan kehidupan yg nana lalui di sekolah menengah nana..sekolah ni menjadi idaman ibu bapa dan pelajar tahun 6 majoritinya yg menetap di selangor...
"kenapa nana nak dokumentasikan? x de ke blogger lain yg boleh buat? bekas2 pelajar sekolah tu mestilah ramai.."
kalau ada persoalan sebegitu yg terdetik di fikiran anda wahai pembaca, maka ketahuilah bahawasanya sekolah tu baru berusia 7 tahun pd 2014, dan nana merupakan batch yg ketiga, kini berada di tingkatan lima..peace~
jd agak mustahil la da ade bekas pelajar yg tulis pasal MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS & TEKNOLOGI ISTANA BANDAR, krn bekas pelajar hanya ade sekitar 170 org yg kini semuanya boleh dikatakan masih sibuk blaja kat u, kolej dan sbg,, batch nana pun ade 56 org je llaki pmpuan, sikit kan?
sikit tu best :]
okey nana da bagitau nama sekolah nana, len kali nana post la ye pasal kehidupan nana dari tingkatan 1 saaaaammpai tingkatan 5.. in syaa Allah sekadar yg nana ingat la ea
utk pelajar tahun 6 yg nak masuk maahad ni atau singkatannya MITIB (Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar--ni nama time awal2 tahun 2008 ke 2009 sebelum jadi sekolah aliran sains, tapi ade juga org panggil MITST Jugra, terletak di Jugra, Banting, Kuala Langat),, anda digalakkan utk baca post2 kak nana di blog ni~~ huhu
sekian assalamualaikum... fi amanillah ^^