26 Dis 2014

MITIB--temuduga kemasukan 2010 part II

salam alaykum!! pembaca~~ huhu

okay izinkan nana sambung cerita nana tentang temuduga okay?

lepas dapat je keputusan psra (keputusan upsr time tu da dapat dah rasanya..), guru kelas sekolah agama nana terus offer borang utk mohon mitst,,
 guru nana tu pun pum pang pum pang la cerita pasal mitst nih,, time tu berbelit benoh lidah menyebut,,,

M I T S T.. fuhh!! x reti nana menyebutnya,, ustaza tu pun nampak cam terseksa je nak sebut....

hehe minta maaf ye ustaza hasniza sarohim >__<

okay kembali ke landasan. nana pun ambil dan lengkapkan borang tu,,, isi je la kan? budak sekolah rendah, tak fikir apape pun,, nana x pernah tanam minat nak hafaz quran pun sebenarmye,, main isi je...dah ustaza suruh isi, isi je la, kan?

dalam waktu cuti sekolah, dalam awal bulan disember rasanya (minta maaf la nana ingat2 lupa),, time tu nana tgh tolong umi nana sapu dedaunan di halaman (x silap la), tetiba telefon berbunyi~~ kringgggg!!!!

nana pun jawablah tepon tu,, dimaklumkan kepada nana bahawasanya nana peerlu mengambil surat tawaran temuduga mitst di sekolah nana...nana excited la kan,, sbb punyalah ramai mohon,, nana terpilih utk ke temuduga,, dpt temuduga pun happy tau! ingatkan x dapat sbb nana dapat 94% je utk psra,, ada kawan peratus diorang 95%, 94.6%,, still x de rezeki...

punyalah excited, nana gitau umi nana tentang berita yg nana dpt tu,,,huhuhuhu nak nangis rasanye time tu bila umi cume "hmm, pergilah ambik" oh sedihnya!! x rasa gembira ke mak aku nih....huhu tapi x pe la nana skarang dah faham yg umi nana penat sapu daun2

dulu nana pemalu sangat2 tah pape tah malu x bertempat, rasa berat sangat kaki nak kayuh basikal ke sekolah utk ambil surat sendiri, tapi nana gagahkan jugak

samapi kat luar sekolah ni yg paling lawak,, turun basikal jalan la pergi pejabat....jalan jalan jalan sampai kat depan pejabat ter-intai2 je yg nana buat,,

nana x pernah berani masuk bilik guru (nak masuk pejabat kena masuk bilik guru dulu) walaupun umi nana guru huhu..umi nana kata: "jangan sesukahati masuk tempat makan guru kat kantin & jangan sesukati masuk bilik guru"

jadi disebabkan x biasa masuk, nana mmg x pernah berani la kan nak masuk

okay x kisah la,,

tetiba ada sorang gpk ni, ditaqdirkan dia keluar dari bilik guru dan ternampak la nana,, aduh, pucat muka disebabkan aktiviti mengintai nana telah ketahuan

"ye, kenapa?" tanyanya
"errr,, nak ambil borang temuduga mitst..."
"masuklah, ustaza lizaros kat dalam"
"ohhh,,,aaaa..."

sebaik sahaja nana masuk, ustaza lizaros--guru besar-- ternampak nana lalu cepat2 mencari sesuatu di balik kertas2 yg ada atas mejanya,, dihulurkan kepada nana surat panggilan temuduga tu..lalu nana pun ambil dan berlalu cepat2 tanpa sempat bersalaman, minta maaf ustaza saya dah kecut perut dok lama2 kat pejabat tu huhu

nana pun pulang ke rumah dgn perasaan yg lega~~~ fuuhhh! berakhir juga ketakutan aku..

samapai kat rumah, bukalah surat tu, baca, dan.....

....hmmmm....

....jauhnya tempat temuduga.....ujar umi & romo (panggilan utk ayah nana)

nana tinggal di hujung kuala langat...
...temuduga di sabak bernam...
ILDAS, sabak bernam

here i come ohho^0^

okay tu je nukilan utk kali ni,,, mcm lama lagi je nak siap cerita pasal mitib nih, ntah bila siapnya
biarlah, biar banyak post huhu

okay salam alaykum semua~~ fi amanillah ^^

oh kejap, mitib dah ada panggilan baru--MITST Kuala Langat....nana rasa sedih...='(.. kenapa banyak sangat nama~~nana suka nama MITIB je, kan senang nak sebut? x berbelit lidah, kan?

tapi x pela, orang kata, seseorang yg dipanggil dgn banyak nama oleh orang yg sama, maksudnya org tu sayang dia~ haha perasan je


17 Dis 2014

MITIB--temuduga kemasukan 2010 part I

Assalamualaykum semua!! ^^

Seperti yg nana pernah janjikan sebelum, nana nak nukilkan kehidupan nana kat mitib, tapi izinkan la nana cerita daripada zaman nana di tahun 6 lagi, okay? Untuk panduan adik2 yg nak apply ke MITST ni~~

First; borang permohonan boleh didapati di SRA, SRAI, KAFA, KAFAI, atau di pejabat agama islam berdekatan in syaa Allah. Isi la borang tu..

zaman nana nak masuk mitib dulu, interview utk masuk sama ada mitib atau mitst klang (kini mitst alam impian) dijalankan sekali gus,,, jadi calon temuduga yg berjaya nasiblah dia dpt mitib walaupun rumahnye betul2 sebelah bangunan mitst kalng...

Tapi sekarang, tak silap nana telah dihadkan kawasan tertentu,, means kalau calon duduk area kuala langat, sepang, kajang, bangi dll la,, maka dia akan dimasukkan ke mitib,,

manakala kalau calon duduk area klang, shah alam, dan beberapa lagi la kawasan nana  xpasti, maka dia akan masuk mitst klang,,,

adapun calon yg duduk sabak bernam, dan kawasan sekitarnye maka dia masuklah mit turath bagan terap yg baru shj dibuka tahun 2013...

ape pule la mit turath nih? x penah dengar pun.. itu nana cerita len kali, okay?

okay itu je utk part I ni,, nana tgh nak urgent so sorry~~

salam alaykum fi amanillah ^^

31 Okt 2014

MITIB aka MITST Jugra aka sekolah menengah nana!

assalamualaikum!!!

wah, dah lama sgt nana x jenguk dan menulis kat blog ni kan?

fuhhh... byk sawang labah-labah perlu dibersihkan ni

---bersihkan----
achuuumm...! habuk! haha

berbulan bertahun tlh berlalu, sebahagian diri nana yg dulu pun tlh berlalu, peace!
nana lebih sempoi kot skarang, dan tlh memiliki personaliti diri yg fix sikit la berbanding dulu~~
well, pengaruh kawan & kita yg pilih kita nak jadi ape

nana just berpendapat, kite perlu bersikap lebih open dan santai, dlm keadaan jati diri mesti utuh, barulah dakwah dan mentaliti yg ingin disampaikan kpd mad'u zaman millenium dpt diterima dgn lebih mudah,,

still, itu pendapat nana je, dan pendapat ni pun tidak semestinya dipraktikkan oleh semua pendakwah terhadap semua lapisan masyarakat, melihat kpd siapa yg menjadi target dakwah kite jugak~ lalala~~

sekadar perkongsian.

sebenarnya post kali ni nana nak ckp yg nana terfikir utk mendokumentasikan kehidupan yg nana lalui di sekolah menengah nana..sekolah ni menjadi idaman ibu bapa dan pelajar tahun 6 majoritinya yg menetap di selangor...

"kenapa nana nak dokumentasikan? x de ke blogger lain yg boleh buat? bekas2 pelajar sekolah tu mestilah ramai.."

kalau ada persoalan sebegitu yg terdetik di fikiran anda wahai pembaca, maka ketahuilah bahawasanya sekolah tu baru berusia 7 tahun pd 2014, dan nana merupakan batch yg ketiga, kini berada di tingkatan lima..peace~

jd agak mustahil la da ade bekas pelajar yg tulis pasal MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS & TEKNOLOGI ISTANA BANDAR, krn bekas pelajar hanya ade sekitar 170 org yg kini semuanya boleh dikatakan masih sibuk blaja kat u, kolej dan sbg,, batch nana pun ade 56 org je llaki pmpuan, sikit kan?

sikit tu best :]

okey nana da bagitau nama sekolah nana, len kali nana post la ye pasal kehidupan nana dari tingkatan 1 saaaaammpai tingkatan 5.. in syaa Allah sekadar yg nana ingat la ea

utk pelajar tahun 6 yg nak masuk maahad ni atau singkatannya MITIB (Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar--ni nama time awal2 tahun 2008 ke 2009 sebelum jadi sekolah aliran sains, tapi ade juga org panggil MITST Jugra, terletak di Jugra, Banting, Kuala Langat),, anda digalakkan utk baca post2 kak nana di blog ni~~ huhu

sekian assalamualaikum... fi amanillah ^^