4 Dis 2012

tips mengurangkan nafsu

salam alaikum, bismillahirrahmanirrahim,,

kali ni nana nak kongsi, sikit je,,,insya-Allah kite cube amalkan sama2

tips mengurangkan kekuatan nafsu..:

---berpuasa!!!

itu je nana nak kongsi..
nana ni x de ilmu pon nak cakap banyak2

sekian, wallahua'lam
may Allah bless us , assalamualaikum..

p/s: amalkan la puasa sunat hari isnin dan khamis, setiap 13,14, dan 15 haribulan hijrah (kecuali 13 zulhijjah-hari tasyrik) dan puasa sunat tahunan yg lainnya... selamat mengalahkan nafsu! =]

16 Nov 2012

tamadun hebat dgn ...........?

assalamualaikum warahmatullah,, bismillahirrahmanirrahim,,


alhamdulillah ade juga masa utk nana meluah kata di hujung jari setelah sebulan lebih++ duduk di asrama,, pembaca diharap sihat iman dan minda,, 
  


post nana kali ni nak berkongsi-- sekadar berkongsi  pendapat nana dan ilmu yg nana dapat-->>bahawa sesebuah tamadun itu akan megah membangun apabila berpaksikan sesuatu yg kukuh--AKHLAK




 empayar besar yg tidak goyah diancam musuh bukanlah kerana ekonominya, bukan kerana tahap pendidikannya, bukan kerana kelengkapan infrastuktur, bukan kerana kelengkapan tentera dan senjata, bukan kerana kekuatan fizikal tp x lain dan x bukan kerana AKHLAK manusia yg ada di dalamnya,,,,


kenapa nana cakap macam ni? x puas hati?


biar nana cuba terangkan---
        rakyat hormat dan patuh ketua, ketua hormat dan merendah diri terhadap rakyat--menerima teguran, tiada pecah amanah, tiada rasuah, tiada mungkir janji, tiada caci mencaci, saling menghormati pendapat orang, tidak mudah naik marah, tiada perebutan kuasa,menjaga maruah org, menjaga hati org, tidak menabur fitnah, tidak mengumpat, kesatuan hati, bekerjasama, bersatu padu, prihatin dan mengambil berat, perpaduan dan patriotisme terterap dlm jiwa rakyat


semua perkara diatas adalah antara AKHLAK manusia terhadap manusia


kalau la perkara2 berikut terjadi, apa jadi dgn negara kita?


1. jika hendak dipengaruhi kuasa luar---rakyat tanpa segan silu menasihati pemimpin agar ber-hati2---pemimpin terima nasihat, merendah diri terhadap rakyatnya---kuasa luar dpt ditolak--"negara selamat drpd pengaruh kuasa luar"


2. jika hendak diserang---rakyat bersatu padu, pemimpin merendah diri dan turut serta dalam peperangan dan mengisytiharkan bakal2 pemimpin yg baru kalau dirinya akan mati dlm peperangan--rakyat bertambah hormat--rakyat menjadi bersungguh-sungguh berperang mempertahan tanah air---"akhirnya musuh dpt ditumpaskan"


3.budaya2 yg x baik yg cuba masuk ke dalam sesebuah tamadun besar tak akan mengugat keimanan budak

x puas hati lagi?

mari kita renungkan kembali sejarah tanah melayu dahulu:

kedah tua jatuh kerana pembesarnya memberontak terhadap sultannya. siap minta orang bugis serang sultan dia. sebab apa? hanya kerana sultan kedah melantik anaknya yg bukan gahara sebagai pengganti--------tidak hormat pd ketua

johor jatuh kerana 2 beradik  berebut mahu menjadi sultan. sedangkan si abang tahu yg adik dia sudah sah menjadi sultan. knape masih mahu saingi sultan sendiri?

dan banyak lagi

pandai2 la pembaca fikirkan semula betapa pentingnya akhlak dalam pembinaan sesebuah tamadun.


nana nak cerita tentang keadaan dunia kini.


pemimpin2 dunia juga sudah buta (sebahagiannya) dan seperti tidak mempunyai ilmu bahawasanya cara hidup yg terbaik itu ialah islam. nana cakap macm ni sbb nana nampak, negara2 yg kononnya tergelar sebagai negara islam, rakyat dan pemimpin negara tersebut sebagian besarnya langsung tidak mengamalkan islam kecuali apabila islam dirasakan perlu (akad nikah, cerai talak, kematian, harta pusaka), padahal islam mmpunyai syariat yg lengkap dr awal lahir hingga mati. inikah yg dinamakan 'negara islam'? 

kemana perginya perkataan 'islam' itu? percayalah, tamadun yg hebat akan HANCUR SEHANCUR-HANCURNYA apabila akhlak islamiyyah (sebaik-baik akhlak yg disusun) hilang kerana asyik mempertahan hak kebebasan yg berteraskan nafsu tanpa akal dan iman.

masih x puas hati?

manusia kebanyakannya sibuk mempertahankan hak kebebasan yg semata-mata BERTERASKAN NAFSU tanpa memikirkan kesan buruknya yg akan datang tanpa ada apa-apa kesan baik pun.contoh: 

"kami mahukan hak kebebasan sosial! kerajaan tiada hak apa-apa pun utk menghalang kami bergaulan bebas antara lelaki dan perempuan!"

"kami x mahu kerajaan melarang kami utk mendapatkan hak kami! hak kami bebas utk memilih sama ada ingin berkahwin dengan sejantina atau tidak!"

"kami bebas utk minum arak! mak bapak kami pun x penah halang! mengapa kerajaan membuat pengharaman arak?! negara ini merupakan sebuah negara bebas!"

chop! semua tu merupakan keperluan asasi manusiakah?
apakah sekiranya arak diharamkan, manusia akan mati secara besar-besaran?
apakah tidak cukup dengan makanan yg ada?

sama sekali tidak, melalui akal waras kita pun, kita semua tahu perkara2 tu hanya akan memberi kesan buruk yg berpanjangan.

bermula dengan penyakit2 yg pelbagai, ditambah pula dengan kehadiran bayi x sah taraf.

kemudian keluarga mula porak peranda. duit habis utk beli arak, rokok dan sebagainya.

intelek dan akal tidak berguna. rosak dek kerana pengambilan arak durjana.

mental rosak pembangunannya. sudah tidak boleh dipakai kerana sarat dengan perkara2 lucah.

akal yg rosak takkan mampu berfikir dengan waras atas segala apa yg diperbuat. akhirnya masyarakat kacau bilau.

masyarakat kacau bilau, pemimpin pun naik pening kepala. tak tau nak buat apa.

kemuncaknya, TAMADUN HANCUR SEKELIP MATA.

sudah puas hati dengan sedikit kebejatan akhlak yg nana terangkan?
alhamdulillah sekiranya sudah.

itu sahaja yg nana ingin kongsikan bersama.
sekiranya pembaca rasa macam tergantung sahaja post kali ini, maksudnya yg selebihnya itu, nana suruh pembaca fikir sendiri.

wallahu ta'ala a'lam.
may Allah bless us wassalamualaikum.